Amanah Anggap ‘Himpunan Bantah GST’ Berjaya

Mungkin baru pertama kali anjurkan program, pertama kali aturkan dan bergaul dengan rakyat jelata. Mungkin dorang rasa dihargai kot… Sebab tu Parti Amanah Negara (Amanah) berasa bangga sangat dengan ‘Himpunan Bantah GST’ yang diadakan pada Sabtu lalu.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad dok berasa bangga, seronok dan mendabik dada.., gara-gara ‘kejayaan gilang-gemilang’ hasil daripada ‘Himpunan Bantah GST’ yang diadakan di ibu negara tersebut.

Iyela, sebelum ini mereka tidak pernah diberi kepercayaan untuk menguruskan sebarang perhimpunan. Sekarang ni walaupun tumpang Pakatan Harapan je, tapi dorang dok rasa macam Amanah ni anak emas DAP.. Hahaha!

Padahal himpunan tu takde la rancak mana, hambar je. Tapi Amanah syok tak terkata, sebab katanya mampu mengumpulkan seramai 10,000 peserta. Wowwwww!! Betul ka 10,000 peserta?? Banyak tu bebbbb!! Tapi kenapa krikkk krikkkk je??

“Saya rasa program semalam membuktikan bahawa dakwaan kita tidak mampu kerahkan rakyat ke jalan raya adalah salah.

“Kita lihat kemuncaknya, memang penuh di jalan raya dan kawasan di Dataran Merdeka.

“Saya tidak mengetahui anggaran, tetapi bagi saya lebih daripada 10,000 peserta dari awal hingga akhir himpunan itu,” katanya.

Anak-anak buah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ni ‘peqak hulu’ dan ‘jakun’ sikit, sebab tu dorang dok rasa macam himpunan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan serta ramai yang turut serta.

Tetapi bagi presidennya Amanah, Mat Sabu langsung tak puas hati dengan sejumlah peserta yang hadir pada perhimpunan tersebut. Kan dah cakap yang perhimpunan tu hambar.. Ada la beberapa kelompok je yang hadir memeriahkan pesta jalanan buang masa tu.

Dok bangga sangat katanya, rancang dalam waktu yang singkat je tapi ‘agak ramai’ yang hadir untuk turut serta. Pelbagai kaum pulak tu yang hadir.. Hahaha! Pastinya yang hadir tu jenis tak faham bahasa dan dungu macam dorang kan.

“Kehadiran mencapai target (sasaran) dan kehadiran agak baik daripada semua kaum. Saya berpuas hati dengan kehadiran semalam.

“Kami agak memang sebanyak itu sahaja kerana kami tidak buat satu himpunan macam sebesar Bersih. Himpunan ini hanya gerakan dalam masa yang singkat,” katanya.

Kalau nak diikutkan takde la ramai mana pun yang hadir, dah tu buat pulak dekat hadapan Kompleks Beli Belah Sogo. Jalan tu sudah la kecil je sebab tu la nampak macam ramai yang hadir. Cer korang buat kat tempat yang lapang, hahaaa!! Mesti boleh kira dengan jari.

Dorang ni pulak cerdik sebab buat pada hujung minggu.. Yela, mamat-mamat bangla kan cuti.., mesti la dorang keluar jalan-jalan di ibu kota. Nampak ‘ramai’ sebab ramai dengan warga asing je, hahahaha! Ditambah pula dengan geng-geng rombongan cik kiah yang bershopping di ibu kota, betul tak?? – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *