Bandar berhantu – Villa Epecuen Ditenggelami Banjir Selama 30 Tahun

Pada tahun 1920-an, sebuah perkampungan pelancongan yang dinamakan Villa Epecuen telah ditubuhkan di sepanjang pantai Lago Epecuen, tasik garam kira-kira 600 kilometer barat daya Buenos Aires, Argentina.

Lago Epecuen adalah seperti kebanyakan tasik gunung yang lain, kecuali satu perbezaan yang penting. Ia mempunyai tahap garam yang kedua ‘termasin’ dari Laut Mati, dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada mana-mana lautan. Masin melampau-lampau.

Kuasa terapeutik Lago Epecuen telah terkenal selama berabad-abad lamanya. “Legenda” berpendapat bahawa tasik tersebut telah dibentuk dari air mata seorang “Ketua” yang menangis kerana kekasihnya. Dikatakan bahawa Epecuen – atau “musim bunga abadi” – boleh menyembuhkan kemurungan, penyakit sendi, penyakit kulit, anemia, malah merawat kencing manis.

Menjelang abad kesembilan belas, penduduk di situ semakin ramai dan pengunjung luar mula tiba Villa Epecuen dan mendirikan khemah di tebing. Villa Epecuen berubah dari kampung menjadi resort pelancongan yang sibuk. Kampung itu juga mempunyai landasan keretapi yang menghubungkan Buenos Aires.

Tidak lama kemudian, pelancong dari seluruh Amerika Selatan dan Dunia datang. Pada 1960, seramai 25,000 orang telah datang setiap tahun untuk berendam di dalam air garam yang menenangkan ni. Penduduk di pekan ini semakin bertambah saban tahun, dan pada tahun 1970-an direkodkan lebih daripada 5,000 orang singgah ke sini. Hampir 300 perniagaan berkembang pesat, termasuk hotel, asrama, spa, kedai-kedai, dan muzium.

Pada masa yang sama,diramalkan bahawa dalam masa terdekat, hujan luar biasa akan melanda tempat itu. Pada 10 November 1985, dikatakan banjir besar telah berlaku kerana isipadu air yang melimpah dari empangan.., seterusnya membanjiri keseluruh bandar serta telah menenggelamkannya.

Menjelang tahun 1993, banjir yang sedalam 10 meter tersebut masih lagi tidak surut. Hampir 25 tahun kemudian, pada tahun 2009, cuaca kembali normal dan air mula surut. Daerah Villa Epecuen mula kembali kepada asal,namun ianya tidak ubah seperti padang jarak, padang terkukur..banyak rumah, bangunan rosak dan ianya terus sepi ditinggalkan. – mysteriousuniverse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *