Dj Era Fm Segmen ‘Sate’ Kena Maki Dengan Netizen!!

Serius cakap Miss A memang tak follow sangat radio Era FM, terutamanya waktu petang.. Tak silap Miss A segmen petang dikendalikan oleh Dj Tauke Jambu, Shahrol Shiro, dan Dina.. Gandingan petang diorang ni diberi gelaran ‘Sate’..

Antara segmen di dalam slot Sate ni, dorang buat ‘prank call’ pada pendengar.. Baru-baru ini ada ‘prank call’ yang dibuat oleh shahrol dah buatkan netizen mengamuk.. Sebab ‘prank call’ dorang ni disifatkan dah terlalu melampau dan tak menjaga sensitiviti pendengar..

Shahrol call seorang perempuan yang dah kahwin, konon-konon nak ajak perempuan tu keluar makan.. Tapi, kebetulan waktu dorang buat ‘prank call’ tu, suami perempuan tu ada kat sebelah..

Terus si suami rampas telefon tu dari isteri dan tanya siapa yang call, dengan selamber saja Shahrol jawab, “wife kau yang call aku dulu”.. Suami mana tak mengamuk bila dengar isteri curang dengannya..

Suami tu siap suruh isteri dia mengaku siapa lelaki yang call ini, atau perempuan tu akan ‘makan penyepak’.. ‘Prank call’ dorang ni dah melampau dan boleh merosakkan hubungan suami isteri yang tak bersalah kot..

Kena maki ‘berjemaah’  la Dj Sate dengan pendengar radio tersebut.. Agak-agak la nak buat ‘prank’ pun.. Mahunya si suami tu baran dan lafazkan cerai kat si isteri, macam mana?? Tak ke naya je, pasangan suami isteri tu..

Ingatkan DJ ni suka buat lawak dan gelak sendiri saja.. Rupanya suka juga buat kerja bodoh yang boleh merosakkan rumahtangga orang lain.. Banyak lagi cara lain nak tarik minat pendengar la.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *