Guan Eng Tayang Dokumen Lama KLIDC


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Rahman Dahlan berhubung status terkini tanah Taman Manggis terus melakonkan ‘wayang cina’ dengan tampil menunjukkan dokumen-dokumen mengenai status tanah milik syarikat KLIDC itu.
Menurut Guan Eng, dengan dokumen yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa tanah Taman Manggis masih kekal milik syarikat KLIDC dan tidak pernah dijual kepada mana-mana pihak atau pihak ketiga.
Oleh demikian, dengan hanya merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperolehi, Guan Eng menyifatkan pendedahan Rahman Dahlan itu berniat jahat dan memfitnah dirinya.
Untuk pengetahuan umum, dokumen yang ditunjukkan Guan Eng itu amat diragui sekali… Ini merupakan satu helah Guan Eng untuk menipu orang ramai dan menyelamatkan dirinya yang kini kian terpalit dengan penyelewangan.
Guan Eng sepatutnya menunjukkan dokumen yang terkini dan bukannya dokumen yang sudah ‘basi’…. Dokumen yang ditunjukkan Guan Eng kepada umum itu bertarikh sebelum penjualan tanah pihak ketiga itu dilakukan.
Cuba tengok dokumen yang didedahkan Rahman Dahlan berhubung penjualan tanah tersebut kepada pihak ketiga…. Dokumen tersebut menjelaskan bahawa urusan jual beli tanah tersebut telah dijalankan pada bulan November tahun lalu.
Tapi apa yang ditunjukkan Guan Eng satu dokumen yang bertarikh sebelum bulan November tahun lalu…. Bila dokumen tersebut merupakan satu dokumen yang lama, dokumen tersebut tidak akan menjelaskan perkara atau urusan terbaru yang berlaku.
Justeru itu, Guan Eng disaran supaya mendapatkan dokumen yang TERKINI dan buang sahaja dokumen yang sudah basi itu ke dalam laut… Dokumen yang diperolehi Rahman Dahlan jelas membuktikan, bahawa tanah tersebut telah dijual kepada pihak ketiga dengan harga yang tinggi, sedangkan tanah itu telah dijual dengan harga yang murah.
Sekiranya Guan Eng tidak dapat dokumen terkini, ia jelas KLIDC telah menipu kerajaan negeri berhubung status  tanah tersebut ataupun ada sesuatu yang cuba disembunyikan syarikat tersebut dari kerajaan negeri. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *