Hadi Awang Sifatkan Amanah Sebagai Khadam DAP

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak ubah seperti khadam, orang suruhan, pencacai jilat bontot dan kambing hitam kepada parti kiasu DAP.

Mungkin sebelum ini Amanah langsung tidak sedar akan perkara itu kerana diberi laluan untuk bertanding dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 akan datang. Namun pada hakikatnya, bagi Hadi parti Amanah bukanlah lawan bagi mereka. Bahkan langsung tidak memberi sebarang saingan.

“Kita tidak menganggap (Amanah) sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP,” katanya.

Mana tidaknya, rakyat pun boleh nampak bahawa Amanah hanya menurut perintah dan menjadi orang suruhan DAP. Malah Amanah juga boleh dikategorikan sebagai ‘murtad’ kerana terlalu asyik mengikut dan membela DAP.

Jijik tengok parti Amanah ini, asyik makan dedak yang ditabur DAP. Sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata demi ultra kiasu tersebut. Jatuh maruah orang Islam dan bangsa Melayu. Sebab tu Pas tak hairan sangat dengan Amanah.

Pas sebelum ini yakin bahawa mampu untuk mengalahkan Amanah dan memenangi kerusi yang dipertandingkan. Tegas Pas, walaupun secara pandangan mata kasar mereka tidak mampu untuk membentuk kerajaan negeri, akan tetapi mereka akan memastikan pengaruh serta mesej yang dibawa didengari oleh kerajaan negeri.

“Kita tahu, kita ada 11 kerusi sahaja. Kalau kita menang semua kerusi pun, kita tahu kita tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Tapi ingat, kalau kita menang kita akan pastikan suara rakyat yang kita sampaikan, didengari oleh kerajaan negeri.

“Kita juga akan menjadi semak dan imbang kepada mana-mana kerajaan yang akan dibentuk nanti,” katanya lagi. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *