Hanya Khairuddin Serba Tahu Mengenai 1MDB

“Mohd Ali harus duduk diam-diam dan jangan masuk campur atas urusan yang beliau tidak tahu menahu. Kalau Mohd Ali tak ada fakta dan hanya mengetahui sesuatu berita melalui kenyataan dalam saluran media perdana saja, lebih baik dia duduk diam-diam. Jangan kalut dan tolong jangan masuk campur,”  kata bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Amboi Khairuddin…. Bukan main lantang lagi suruh orang zip mulut pasal 1MDB… Siap cakap Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam membuat kenyataan secara membuta tuli lagi… Awat?? Khairuddin tahu sangat ke pasal kes 1MDB ni sampai suruh orang lain jangan bersuara apa-apa??

Kalau Khairuddin tahu serba-serbi pasal 1MDB ni… Pasal apa Khairuddin tak sertakan bukti-bukti yang Khairuddin ada untuk membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah dalam hal ini???

Bila minta bukti kata tunggu di mahkamah… Akan tunjuk bukti di mahkamah… Macam laa orang takut sangat nak jumpa dia di mahkamah… Jangan kali ini Khairuddin tewas lagi di mahkamah cukup laa…. Banyak kali dah Khairuddin kalah kes di mahkamah.

Rasanya, yang patut zip mulut dalam kes 1MDB ni adalah Khairuddin sendiri!!! Bukannya Ali Rustam yang kena zip mulut…. Lagipun Ali Rustam buka mulut sebab nak suruh si kaki-kaki fitnah Perdana Menteri mohon maaf je… Bukan bising melalak macam Khairuddin tu.

Ali Rustam yang juga Ahli Dewan Negara, sebelum ini mengatakan pasukan penyiasat khas atau ‘task force’ yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal 1MDB dan Najib perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri.

Permintaan ini dibuat kerana, Menteri Luar Arab Saudi dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memberi penjelasan, sekaligus membersihkan nama Najib daripada isu wang derma RM2.6 bilion dan juga 1MDB

Khairuddin duk bising-bising pasal kes ni pun bukan pasal ada bukti apa pun… Khairuddin duk bising pun sebab duk dapat ‘sumber’ dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang semakin nyanyuk dan merapu.

Khairuddin perlu sedar… Kes 1MDB ni dah disiasat secara terperinci dan terbukti bahawa Najib tidak bersalah… Dah terbukti juga isu ini hanya sebagai satu bahan fitnah Mahathir untuk memburukkan Najib… Jadi Khairuddin belajar laa terima keputusan tersebut. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *