Hujan Air Batu Sebesar Bola Golf Melanda Myanmar


Sekurang-kurangnya lapan maut selepas angin kencang dan hujan  air batu sebesar bola golf melanda Myanmar.
Menurut pegawai kerajaan, selain itu, cuaca buruk sejak beberapa hari itu turut menyebabkan banyak kuil pagoda dan ribuan bangunan musnah.
Ribut dilaporkan melanda sekurang-kurangnya di lima negeri pada Jumaat dan Sabtu, ketika suhu panas meningkat sehingga 40 darjah celsius.
Enam yang maut adalah dari perkampungan Yay Tha Yauk, di tengah-tengah wilayah Mandalay akibat banjir. Wilayah lain yang terkena tempiasnya adalah Sagaing dan Magway dalam negeri Shan dan Chin.
Sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan sejumlah 1,700 kuil pagoda musnah dalam kejadian itu.
Rakaman televisyen tempatan turut memaparkan hujan air batu yang memenuhi laluan, keadaan banjir, bumbung yang tercabut dan penduduk yang lari menyelamatkan diri.
Seperti beberapa negara lain, termasuk Malaysia, Myanmar dilanda cuaca panas dan kemarau sejak beberapa minggu yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *