Kenapa Guan Eng tak berani lapor SPRM isu Tanah PERDA?

Selepas pendedahan panas skandal penyelewengan di Taman Manggis oleh kerajaan DAP P.Pinang dan juga salahguna kuasa oleh Lim Guan Eng didalam pembelian Banglo di Jalan Pinhorn, Lim Guan Eng dan DAP dilihat cuba mengalih perhatian rakyat dengan isu baru.

Hari ini, Ketua Menteri P.Pinang itu membawa para pengikutnya dikalangan DAP negeri untuk ‘menceroboh’ tanah milik Perda di Nibong Tebal.

Perbuatan Guan Eng ini hanyalah semata-mata mahu seluruh rakyat melupakan perbuatan jijiknya yang terdedah didalam skandal rasuah, salahguna kuasa dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat untuk mentadbir negeri dengan baik.

Banyak laporan Polis serta laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh pelbagai lapisan rakyat terhadap pengkhianatan Guan Eng dan DAP negeri diatas penyelewengan harta negeri.

Tetapi sehingga kini Guan Eng langsung tidak menjawab isu yang didedahkan dan cuba menipu rakyat dengan pelbagai alasan bodoh serta dangkalnya. Terbukti Guan Eng menganggap rakyat kini bodoh dan mudah diperolok-olokkan dengan alasan mudah.

Ketika pihak Polis serta SPRM telah mula menyiasat skandal berkaitan dengan penyelewengan DAP ini, Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP mula menyerang tanah PERDA yang dikatakan dijual lebih murah dari harga pasaran.

Tuduhan Guan Eng tersebut sangat tidak munasabah berbanding skandal banglo mewahnya di Jalan Pinhorn yang terbukti dibeli secara salahguna kuasa.

Didalam isu Tanah PERDA yang Guan Eng dakwa dijual dengan harga RM 1.4juta sahaja berbanding harga sebenar iaitu RM16.6 juta, Guan Eng sengaja menyembunyikan fakta tentang keuntungan jualan tanah PERDA telah disalurkan kepada rakyat melalui harga jualan murah didalam julat RM 42 ribu seunit.

Guan Eng juga cuba menipu apabila mendakwa PERDA kerugian sebanyak RM 15.2juta apabila menjual tanah tersebut dengan harga RM1.4juta sahaja.

Fakta yang sebenarnya ialah, Tanah keseluruhan yang didakwa bernilai RM 16.6 juta itu berkeluasan 20 ekar, tetapi PERDA hanya menjual seluas 8.5 ekar sahaja dengan harga RM 1.4juta.

Disini nampak jelas perbuatan Guan Eng yang sengaja mahu mengalihkan isu pembelian banglo mewahnya dengan penjualan Tanah PERDA yang langsung tiada masalah.

Dan jika benarlah PERDA telah melakukan penyelewengan dan juga salahguna kuasa, kenapa sehingga hari ini Guan Eng dan DAP negeri tidak membuat laporan Polis dan laporan pada SPRM?? Mengapa Guan Eng hanya berani bercakap di dalam media sosial dan takut untuk membuat laporan?

Ini membuktikan bahawa Guan Eng hanya main wayang sahaja didalam isu ini untuk mengelak dari menjawab pendedahan skandal yang terbesar didalam kerajaan negeri P.Pinang. – Big B/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *