Mahathir Akan Bebaskan Anwar Selepas Berjaya Tumbangkan Najib


Selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa kecewa terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih tak berpuas hati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dikecam oleh penyokong-penyokong PKR, 
Mahathir akhirnya membuka mulut menyatakan mengapa beliau tidak membawa agenda pembebasan Anwar ke dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang.
Menurut Mahathir, sekiranya Deklarasi Mahathir-Kit Siang mengutamakan pembebasan Anwar, maka kempen gerakan tersebut yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya.
Selain itu, sekiranya pembebasan Anwar itu menjadi agenda utama, ia akan menyebabkan pemimpin dan orang awam yang menyertai Deklarasi ini berpecah kerana agenda utamanya adalah menukar perdana menteri, bukannya membebaskan Anwar.
Jelas Mahathir, agenda mahu membebaskan Anwar merupakan nafsu PKR dan bukannya mewakili umum… Oleh demikian, nafsu kuat yang sedang bergelora di dalam jiwa orang-orang PKR perlu dihentikan terlebih dahulu.
Jadi, disebabkan tidak mahu gerakan menjatuhkan perdana menteri ini gagal, Mahathir mengetepikan dahulu agenda pembebasan Anwar dan agenda itu akan difikirkan kemudian selepas Najib berjaya diturunkan.
“Kalau nak buat keputusan tentang pembebasan Anwar itu dalam Deklarasi Rakyat, kita akan berpecah. Saya adalah manusia biasa, manusia biasa ni tak sunyi daripada kesalahan. Kita kena ada pemikiran yang waras, yang berasaskan perhitungan bijak, supaya kita menang dalam perjuangan kita. Kalau kita ikut selera, nafsu , percayalah kita tak akan berjaya.
“Selagi ada Najib disitu sebagai Perdana Menteri, jangan fikir kita boleh buat apa-apa perubahan, sebab itu kena bersatu untuk singkirkan Najib. Untuk mendapat sokongan ramai, kita perkecilkan matlamat atau perjuangan kita kepada yang boleh diterima semua. 
Dengan itu, kita akan berjaya. Kalau bangkitkan soal nak itu dan ini, maaf kita akan gagal,” kata Mahathir dalam majlis yang dianjurkan DAP.
Pandai betul Mahathir mengambil hati puak-puak PKR ini, semata-mata mahu mendapatkan sokongan daripada parti tersebut…. PKR kalau percaya dengan kata-kata Mahathir ini memang jelas BODOH!!
Sudah terang lagi bersuluh Mahathir tidak mahu Anwar dibebaskan… Kalau benar Mahathir mahu Anwar dibebaskan, sudah lama beliau akan mempertahankan penahanan Anwar… Tapi apa yang dilakukan Mahathir?? Mahathir siap memaklumkan kepada media luar bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Makluman Mahathir mengenai Anwar kepada media luar jelas menunjukkan bahawa Mahathir masih mempunyai ‘dendam’, walaupun Anwar sudah memaafkan kezaliman Mahathir satu ketika dahulu.
Apa-pun, diharap puak PKR tidak mudah percaya dengan kata-kata Mahathir ini… Tak yah percaya laa kata Mahathir yang kononnya akan bebaskan Anwar selepas Najib berjaya diturunkan…. Semua tu ayat ‘manis’ orang tua tu ja!! – AndyBolat/Utaranews.com

One thought on “Mahathir Akan Bebaskan Anwar Selepas Berjaya Tumbangkan Najib

  • April 15, 2016 at 8:58 am
    Permalink

    ya ker…..ya ker……ya ker…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *