Mahathir Ibarat Seperti ‘Jeneral’ Syaitan

“Baik di peringkat mana pun, kita akan diuji sebab syaitan di level mana pun dia akan kacau, kalau orang tu Ketua Bahagian, syaitan yang datang kacau itu pun level Ketua Bahagian juga, kalau level orang tu menteri, syaitan yang datang tu pun tahap menteri-menteri juga. Sebab itu janji Allah, Dia memang akan menduga seseorang itu dengan dugaan yang memang Dia nak berikan,” kata Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad.

Apa yang diperkatakan Latif Ahmad mengenai gangguan syaitan ini adalah benar…. Syaitan juga mempunyai pangkat seperti mana manusia biasa mempunyai pangkat dalam pekerjaan.

Syaitan mempunyai sifat yang kotor dan jahat seperti suka menipu dan menghasut orang ramai, agar membenci seseorang itu atau menggagalkan kebaikan yang mahu dilakukan… Sifat kotor dan jahat syaitan ini juga turut ada di dalam hati manusia yang ‘busuk’.

Sebagai contoh, kita lihat sifat ‘syaitan’ yang ada dalam diri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad… Mahathir kini telah menyerap sifat-sifat syaitan didalamnya… Mahathir juga boleh diibaratkan sebagai ‘Jeneral’ syaitan!!!

Kenapa Mahathir diibaratkan sebagai ‘Jeneral’ syaitan?? Korang lihat lah sendiri apa yang dilakukan Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan parti Melayu terbesar, Umno.

Mahathir sanggup memfitnah Najib mengenai dana RM2.6 bilion dengan menggunakan media luar negara untuk memburukkan imej Najib sebagai Perdana Menteri…. Sedangkan serangan yang dilakukan beliau terhadap Najib, demi perjuangan politiknya mahu menjadikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir Perdana Menteri yang seterusnya.

Dalam masa sama juga, Mahathir menggunakan modal skandal terbabit untuk menghasut rakyat dengan mengatakan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri…. Bila ditanya siapa yang layak menjadi perdana menteri, tidak pula dijawab siapa calonnya.

Lebih mengecewakan lagi, Mahathir yang dulunya merupakan ‘pahlawan’ Melayu sanggup bersengkokol dengan musuh seterunya ketika menjadi Perdana Menteri 22 tahun, demi mencapai hasratnya untuk menjatuhkan Najib.

Tindakan bersengkokol Mahathir ini memang merupakan satu sifat ‘syaitan’… Syaitan tidak akan mengalah dan sanggup berbuat apa saja, asalkan mangsa mereka tewas…. Jadi, tak salah jika dikatakan Mahathir ini ibarat syaitan yang suka menjahanamkan umat!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *