MARA Akan Terkubur Di Bawah Pakatan Harapan

Rasa kelakar pula apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan lebih telus dan konsisten sekiranya diurus dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Bila Nik Nazmi mendakwa begitu, Andy tertanya adakah benar MARA akan lebih konsisten dibawah PH?? Bukan apa, kalau dilihat gabungan parti pembangkang yang baru menggantikan Pakatan Rakyat (PR) pun tidak konsisten… Inikan pula PH mahu menguruskan pentadbiran MARA… Silap hari bulan, MARA akan terkubur sepertimana terkuburnya PR.

Korang tengok sajalah apa yang berlaku terhadap PR, yang kononnya mampu menguasai kerajaan?? Tak sampai 2 penggal penubuhannya, PR telah dikuburkan sendiri oleh parti dalam pakatan tersebut.

Kenapa PR terkubur??? Ini gara-gara salah sebuah parti dalam pakatan tersebut ‘gila kuasa’…. Parti tersebut mahukan rakan sekutunya mengikut telunjuk dan mengikut perjuangan parti tersebut.

Itu baru sentuh bab parti pembangkang menguruskan sebuah blok parti pembangkang… Tak diceritakan lagi penyelewengan dan kegagalan yang dilakukan pemimpin pembangkang apabila mereka dapat menguasai kerajaan negeri.

Kita tengok kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP…. Kerajaan DAP kini kantoi dalam menguruskan pentadbiran negeri itu, apabila melakukan penyelewengan berhubung isu penjualan dan pembelian tanah.

Kerajaan negeri Selangor yang dikuasai PKR pula telah gagal mentadbir negeri itu, apabila sehingga ke hari ini gagal menyelesaikan isu air yang sering membelenggu rakyat Selangor.

Berbalik kepada dakwaan Nik Nazmi, Andy tak tahan dengan tuduhan yang mengatakan MARA dibawah pentadbiran kerajaan sekarang telah menyebabkan anak-anak Melayu susah untuk melanjutkan pelajaran kerana MARA kehabisan duit untuk memberi pinjaman kepada meraka yang layak.

“Ramai yang mengadu sekarang ini bahawa mereka tidak menerima pembiayaan walaupun telah menepati segala pra-syarat, kerana pihak MARA sendiri mengaku bahawa mereka tidak mempunyai wang. Sama juga untuk pelajar yang sudah tidak mendapat pembiayaan MARA,” kata Nazmi.

Tuduhan Nik Nazmi terhadap MARA jelas berniat jahat…. MARA sehingga hari ini masih mampu memberi pinjaman terhadap pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran… Malah, MARA juga telah membuat rombakan syarat bagi memberi peluang kepada anak muda ke menara gading. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *