Mat Sabu Berjaya Loloskan Diri Masuk Sarawak Naik Tongkang??


Rasanya semua orang tahu yang Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih manja dengan panggilan Mat Sabu kena ‘banned’ dari memasuki kawasan negeri Sarawak. Sebab apa dilarang masuk ke negeri itu?? Kerana Mat Sabu ni merbahaya dan mampu membawa pengaruh buruk kepada rakyat Sarawak.
Tapi apa yang mengejutkan, pada pagi tadi semasa proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan… Secara tiba-tiba ternampak kelibat Mat Sabu disebalik ramai-ramai penyokong yang hadir.
Aikkkkk… Sejak bila Mat Sabu boleh masuk kawasan Sarawak ni?? Bukan ke dia sudah kena halau balik ke Semenanjung?? Gomez pun hairan jugak! Takde angin takde ribut, tiba-tiba Mat Sabu boleh muncul!!
Kalau Mat Sabu masuk guna pengangkutan udara atau naik flight tetapi dihalang, kali ni Mat Sabu masuk Sarawak guna pengangkutan apa pulak sampai yang boleh lolos ni? 
Eshhhhhh, pelik sungguh laaa… Ni Gomez syak yang Mat Sabu mesti naik tongkang ni, sebab tu boleh loloskan diri.
Sanggup berpanas terik dan berhujan badai dipukul ombak tsunami, ombak rindu bagai, meredah lautan bergelora semata-mata demi bertemu dan bermesra dengan rakyat Sarawak. Perhhhhh, sayang betul Mat Sabu kat rakyat Sarawak ni.
Hairan jugak kalau Mat Sabu naik tongkang, macam mana pihak berkuasa boleh terlepas pandang muka Mat Sabu ni?? Entah-entah Mat Sabu sembunyi dalam perut tongkang kot, tak pun sembunyi dalam peti simpanan ikan.. Hahaha! Yukkkkks, hanyir bau!
Namun apa yang paling kelakar, bukan seorang Mat Sabu je yang muncul di Sarawak ni, tapi ramai bebbbbb! Mana satu Mat Sabu yang asli, Gomez pun tak tahu.. Hahaha! Rasa Gomez, Mat Sabu yang asli mesti tengah terbongkang tidur kat rumah.. Hahaha! Mat Sabu yang ada kat Sarawak sekarang ni semuanya acah-acah ‘aura’ dia la konon.. Hahaha!
Si empunya badan tak mampu nak jejak kaki masuk Sarawak, tapi muka saja yang mampu masuk pun kira aci yela… Daripada tak dapat masuk langsung kan. Yang tambah kelakar, ada Mat Sabu yang kurus.. Hahaha! Kalau yang gemuk tu nampak la macam real Mat Sabu. – TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Mat Sabu Berjaya Loloskan Diri Masuk Sarawak Naik Tongkang??

  • April 25, 2016 at 2:10 pm
    Permalink

    Tangkang bawa babi kepunyaan pemimpin Dap. Dia berlakon sebagai tawkey babi2 itu untuk penduduk cina Sarawak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *