MCA Gesa SPRM Segerakan Siasatan Terhadap Guan Eng


Timbalan Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Ang Chor Keong menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung skandal pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan tanah Taman Manggis.
“Saya menyeru kepada SPRM agar menyegerakan siasatan terhadap Guan Eng bagi mengembalikan integriti badan siasatan itu,” kata Cheong.
SPRM selaku sebuah agensi yang mencegah gejala rasuah atau penyelewengan perlulah menyegerakan siasatan berhubung skandal Guan Eng ini yang disyaki mempunyai unsur-unsur tidak baik ini.
Sejak skandal Guan Eng ini didedahkan, SPRM dilihat seakan-akan cuba ‘menyelamatkan’ Guan Eng dari diheret ke muka pengadilan, apabila sehingga ke hari ini masih belum memanggil Guan Eng untuk mengambil atau merakamkan keterangan.
Ekoran tindakan SPRM yang seakan ‘menyelamatkan’ Guan Eng dari diheret ke muka pengadilan, integriti agensi tersebut mula terjejas… Orang ramai mula mengecam tindakan SPRM yang sambil lewa berhubung skandal ini.
Bagi mengembali integriti SPRM sebagai sebuah agensi pencegah rasuah, SPRM perlu segera melakukan siasat terhadap Guan Eng dan segera menyiapkan kertas siasatan berhubung kes ini.
Dalam masa sama, Cheong turut mengulas mengenai akuan bersumpah yang dibuat Phang Li Khoon dengan mendakwa akuan bersumpah itu tidak dibuat secara ikhlas, sebaliknya dibuat bagi menyelamatkan seseorang.
Disebabkan akuan bersumpah Phang diragui dan disyaki palsu, Cheong memaklumkan beliau telah membuat laporan polis untuk pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.
“Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin berkaitan perkara ini, dan berharap pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini dengan teliti,” katanya.
Cheong turut memberi nasihat kepada Phang dengan mengatakan Phang harus sedar bahawa menggunakan dan membuat akuan bersumpah palsu merupakan satu kesalahan yang serius di negara ini, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan Seksyen 200 Kanun Keseksaan. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *