Misteri Kemayan City, Johor Bahru 


Bangunan ni asalnya di bina untuk pusat membeli belah pada tahun 90an. Tetapi akibat kemelesetan ekonomi, pembinaan bangunan ini tergendala dan membuatkan tempat tersebut menjadi terbiar dan bertukar menjadi sarang penagih dadah..
Ada jugak pasangan yang mengambil kesempatan dengan melakukan perkara yang tidak bermoral di situ..
Ada cerita pernah mengatakan, sebuah keluarga yang berasal dari Singapura pernah datang membeli-belah di bangunan ini ketika datang melawat saudara mereka yang tinggal di sini..
Semasa dalam perjalanan ke rumah saudara mereka, mereka terlihat keadaan yang cukup meriah di bangunan terbabit. Lalu mereka mengambil keputusan untuk singgah sebentar di situ..
Keluarga tersebut siap shopping dan makan-makan lagi. Bila mereka sampai ke rumah saudara mereka, dorang pun menceritakan suasana meriah di tempat tersebut..
Tetapi mereka terkejut apabila diberitahu yang tempat tersebut sebenarnya tidak wujud.. Apabila mereka melihat kembali barang-barang yang mereka beli di tempat terbabit, kesemua barang terbabit ghaib dan duit yang mereka dapat dari tempat terbabit telah bertukar menjadi daun kering..
Amboi, hantu pun pandai berniaga yerr.. Hehehehhe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *