Pas Calonkan Penyanyi Dalam PRN Sarawak Sebab Tiada Modal

Gomez syak bahawa parti Islam Pas kali ini ketandusan modal untuk meletakkan calon yang lebih berkelayakkan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 pada kali ini. Sebabnya, Pas telah memilih bekas penyanyi dan artis rakaman sebagai calon mereka.

Hahahaha!! Macam kelakar la pulak kan… Artis yang dorang calonkan, macam dah takde calon yang lebih layak pulak untuk dipertandingkan. Iyela, artis rakaman tersebut sebenarnya orang Iban dan agak terkenal di Sarawak.

Mungkin Pas mengambil kira bahawa peminat-peminat artis tersebut akan mengundi dia kot. Huhuhuu! Clement Bayang mencipta nama apabila dipilih sebagai calon bukan Islam Pas yang pertama dalam dunia politik Bumi Kenyalang.

Tak tahu la apa nak jadi kali ni, menjadi atau tidak pengiraan yang dibuat oleh parti Islam tersebut. Clement yang berusia 59 tahun itu sebelum ini pernah merakamkan sebuah album pada tahun 2010. Dia juga merupakan tuai rumah atau ketua rumah panjang dan juga merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.

Mungkin Pas mahu membuat sedikit kelainan kot, atau pun Pas sudah ketandusan calon Sarawak yang sesuai untuk dipertandingkan. Clement berada dalam 11 calon yang bakal dibariskan oleh Pas dalam PRN Sarawak. Dia akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.

Antara nama-nama calon Pas yang lain adalah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi DUN baru).

Harap-harap si Clement ni tak buat konsert jelajah di seluruh Sarawak, semata-mata untuk mempromosikan dirinya sebagai calon wakil rakyat sudah la. Hahahah! Satgi orang suruh buat kerja dan jaga rakyat, tapi dia dok menyanyi pulak.. Hahaha! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *