Pembangkang Terpaksa Putar Belitkan Isu GST Di Sarawak

Pembangkang terpaksa memutarbelit isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila semakin sedar isu perkauman serta agama, gagal mempengaruhi rakyat terutama pengundi di Sarawak, demikian pandangan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Ir Wan Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad.

Jelasnya dakwaan kononnya kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada 10 peratus jika memenangi pilihan raya negeri Sarawak, ternyata satu usaha terdesak yang memperlihatkan pembangkang dalam keadaan cukup tertekan.

“Sebelum ini mereka cuba mainkan isu perkauman dan isu agama tapi gagal. Mereka cukup tertekan sehingga terpaksa memutarbelit isu GST dengan membuat dakwaan yang membabi buta.

“Perkara ini (GST) telahpun dinafikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kita sekarang cuba untuk memastikan kelicinan perlaksanaan GST, tapi ini tidak bermakna kadar GST dinaikkan.

“Bagi saya, rakyat telah menyedari bahawa GST telah menyumbang kepada ekonomi negara. Hasil pendapatan GST pula bukan bermaksud kita dapat terus simpan atau guna untuk perkara tak berfaedah, tetapi kita pulangkan balik untuk kesejahteraan rakyat melalui BR1M, pembangunan ihsan dan pembelajaran dan lain-lain lagi,” katanya.

Justeru beliau percaya apa yang cuba dilakukan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ini adalah cuba menjadi ‘juara’, tapi bukan juara kepada rakyat sebaliknya juara memanipulasi isu atau juara fitnah.

Tambahnya pembangkang hanya pandai berkata-kata kononnya mereka hebat tetapi andai dicermin pentadbiran di negeri jajahan mereka, terlalu banyak compang camping yang cuba disembunyikan.

“Seharusnya pembangkang tilik kain sendiri sebelum sibuk membuka pekung orang lain yang belum tentu betul. Mereka cuma pandai bermain kata konon nak jadi juara kepada rakyat, tapi lihatlah negeri Pulau Pinang dengan isu ketua menteri dan lihat negeri-negeri yang mereka terajui. Di Selangor dengan masalah air.., ini tentang kesejahteraan rakyat, itupun mereka gagal selesaikan.

“Apa rekod pentadbiran baik mereka yang boleh dijaja kepada rakyat Sarawak.., jawapannya tidak ada melainkan hanya pandai memburukkan kerajaan BN sahaja,” ujarnya .

Oleh itu beliau amat berharap agar rakyat Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang hanya pandai ‘berkokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi’. – MediaUMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *