Pemimpin DAP Mahu Jawatan Ketua Menteri Di Hadkan Selama 2 Penggal

Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kantoi menyalahgunakan kuasa dengan terpalit beberapa skandal seperti skandal pembelian rumah banglo mewah dan tanah Taman Manggis, pemimpin-pemimpin DAP dengan lantang telah bersuara memberi cadangan agar Guan Eng dapat diturunkan dari jawatannya.

Paling lantang bersuara adalalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu… Walaupun DAP telah mengeluarkan arahan supaya pemimpinnya ‘mengunci mulut’, Adun Tanjung Bungah itu tetap bersuara mendesak Guan Eng mengambil cuti sementara siasatan dilakukan.., sepertimana diminta DAP terhadap pemimpin kerajaan sebelum ini.

Teh berkata, DAP sebelum ini agak lantang menggesa pemimpin yang terlibat dengan skandal untuk mengambil cuti bagi memberi siasatan dilakukan… Tetapi, apabila terjadi kepada pemimpin DAP, DAP hanya diam dan telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin dan ahlinya mengunci mulut…. Perkara ini agak memalukan apabila DAP gagal menjadi teladan terhadap pemimpin parti lain.

Selepas lantang mendesak supaya Guan Eng mengambil cuti sementara siasatan dilakukan, Teh sekali lagi tampil dengan menyerahkan usul pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja.

Menurut Teh, beliau sebelum ini pernah membawa usul terbabit ke dalam sidang DUN dan usul ini telah ditolak… Tapi selepas beberapa tahun sudah berlalu, beliau  merasakan ini masa yang tepat untuk membawa semula usul tersebut bagi memberi peluang kepada pemimpin lain untuk mengurus tadbir sesebuah negeri itu.

“Ini adalah surat rasmi. Sebelum ini usul semua perbahasan awal, bertukar-tukar maklumat dan saling memahami pandangan setiap orang sama ada bersetuju atau menentang.

“Saya percaya, hari ini adalah masa untuk mengemukakan usul ini memandangkan kami sudah membahaskan isu ini sejak dua atau tiga tahun lepas di dalam DUN. Masa yang cukup bagi semua orang untuk mempertimbangkannya. Saya percaya bahawa kita perlu menggalakkan tadbir urus yang baik malah kewibawaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan,” kata Teh.

Dengan keberanian Teh menasihati Setiusaha Agung DAP yang kini sedang ‘pening’ untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam skandal yang dinyatakan, Teh dikhabarkan akan dikenakan tindakan berat dan tegas oleh ahli majlis tertinggi parti itu. – AndyBolat/Utaranews.com

One thought on “Pemimpin DAP Mahu Jawatan Ketua Menteri Di Hadkan Selama 2 Penggal

  • 02/04/2016 at 3:02 am
    Permalink

    Klu usul baik mcm tu tokong nak pancung jugak.Mmg sah gila kuasalah cina komunis tu!!!!
    Mcm dia sorang jer yg terbaik jer????!!!Standard fuckaton…tak pro langsung

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *