Pendakwah Ini Doakan Perniagaan Tudung Fareeda Lingkup

Gara-gara terlalu kecewa dengan sikap pemilik perniagaan tudung Fareeda yang kini sememangnya tengah meletoppppp di Malaysia. Seorang pendakwah ini seperti mendoakan perniagaan tudung Fareeda tersebut muflis dan lingkup.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil melahirkan rasa kekecewaannya terhadap sikap pemilik perniagaan, serta pengendali page laman Facebook tudung Fareeda yang begitu angkuh serta sombong. Malah mereka ini juga dilihat terlalu bermegah sehingga langsung tidak boleh menerima sebarang teguran.

Respon Hasrizal tersebut berkaitan dengan video viral yang memaparkan penjual-penjual serta peminat-peminat tudung Fareeda, yang berebut-rebut untuk mendapatkan angka giliran bagi memasuki butik Fareeda.

Mana tidaknya, hilang maruah seorang wanita bila tengok video tu. Masya Allah macam tak percaya je lelaki, perempuan tua muda semua berebut-rebut. Macam dengan pelarian dok berebut makanan, berbulan-bulan tak makan. Kalau negara lain dorang berebut nak makan tapi Malaysia berebut nak beli tudung Fareeda.

Memang la perniagaan dorang tu berjaya tapi akhlak tu penting, jangan sombong sangat sampai tak boleh ditegur langsung. Paling sakit hati bila ditegur, tetapi admin page Fareeda perli balik. Disebabkan itu Hasrizal ‘mengharamkan’ isteri serta anaknya dari memakai tudung jenama Fareeda.


“Sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak izinkan mana-mana perempuan di bawah tanggungjawab saya memakai Tudung #Fareeda . Ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.

“Mustahil Allah dan Rasulullah SAW redha dengan strategi perniagaan sebegini. Ditambah pula dengan keangkuhan admin halaman FB Fareeda yang sarkastik dengan semua teguran, tanpa ada sedikit pun rasa bertanggungjawab terhadap ikhtilat ekstrim yang memalukan baru-baru ini. 

“Mawar dan Fizo Omar, andai terbaca mesej ini, bertaubatlah kepada Allah dan perbaiki modus operandi perniagaan antum. Saya bukan sesiapa. Hanya hamba Allah yang berharap agama tidak dimanipulasi oleh bisnes dalam bentuk sebegini,” katanya melalui laman Instagram miliknya.

Tambahnya, mereka seperti bangga melihat serta mempertontonkan sikap manusia-manusia yang bagaikan ayam sedang berebut untuk makan kepada khalayak ramai. Nak bagitahu yang perniagaan dorang tu terlalu maju dan berjaya.

“Jangan dipersalahkan pelanggan kalian yang mereka juga perlu bertanggungjawab atas perbuatan sendiri di hadapan Allah. Sebaliknya kalian ada kuasa untuk mencegah perkara ini berlaku. Rusuh merusuh yang berlaku itu memang disengajakan, dan iklan bermula 1 April diikuti dengan provokasi demi provokasi menunjukkan ia terjadi sebagai strategi perniagaan yang disengajakan. Di sinilah kemuncak salah etikanya.

“Jika nasihat Mufti dan pelbagai pihak tidak diendahkan, lebih baik Allah bangkrapkan sahaja bisnes kalian daripada masyarakat ini bangkrap akhlaq. Ittaqullāh!,” katanya lagi.

Kalau kita tengok tudung Fareeda ni takde la cantik mana, lagi satu sudah la mahal nak mampos! Tak tutup aurat pulak tu dengan singkatnya laa.. Eshhh eshhhh!! Sepatutnya nak jual tudung tu biar la berpatutan, dan motif utama untuk menutup aurat dan bukannya sebagai perhiasan dan perniagaan semata-mata. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *