Peniaga Pengotor Di Pasar Kedai Lalat, Kelantan

Astagfirullah al azim! Mengucap panjang Miss selepas menonton satu video viral menjijikkan yang dirakam oleh pengujung Pasar Kedai Lalat. Video itu telah dikongsikan di laman sosial Facebook, baru-baru ni.. Korang kalau menonton video tu pun mesti rasa kembang tekak jer!

Rakaman tu menunjukkan seorang lelaki sedang kencing dalam beg plastik dan kemudiannya gantung pulak air kencing yang ditadah tu di tempat dia berniaga.. Ish! Ish! Pengotor punya perangai, begini ke cara lelaki tu mencari rezeki yer?? Berkat ke rezeki yang dia dapat??

Pasar Kota Jembal atau Kedai Lalat bukan asing lagi buat orang kelantan, tempat tu bukan saja terkenal dikalangan orang tempatan jer.. Malah tempat tu menjadi tumpuan para pelancong apabila berkunjung ke negeri tu.. Di pasar tu, korang boleh  mendapat pelbagai barangan yang boleh dibeli daripada pakaian hinggalah aneka makanan..

Tetapi yang tak seronoknya tu dan mencemar imej pasar tu, apabila pengunjung terakam aksi salah seorang peniaga yang dikesan melakukan perbuatan kotor lagi menjijikkan! Dalam rakaman itu, menunjukkan seorang penjual kuih dan air sedang membuang air kecil secara berdiri di tempat dia berniaga, tanpa mempedulikan orang sekeliling..

Seronok noh dia kencing macam tu jer! Lelaki tu ingat tak ada orang perasan ke dia kencing secara terbuka macam tu, hah?? Nama pun tempat yang sering dikunjungi orang ramai, sudah pasti lah salah seorang dari pengunjung pasar tu akan perasan sesuatu perbuatan yang dilakukannya.. Apatah lagi perbuatan kotor dan jijik macam tu!

Lebih menjijikkan dan kembang tekak tu, air kencing yang ditadah menggunakan beg plastik tu digantung pulak dah di gerai dia! Pengotor lah! Dah lah dia jual air dan kuih, tersebar habis bakteria!

Nak mencari rezeki tu dengan cara berniaga, biar lah ikhlas dan jujur.. Lagi satu jaga lah kebersihan! Kalau dah nak terkencing tu, lari jer lah tinggalkan gerai kejap.. Tak ada nya siapa-siapa nak mencuri barang dia.. Kalau lelaki tu berterusan dengan perangai pengotornya tu, tak lama lagi lingkup la perniagaan dia! Biar padan muka! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *