#PRNSarawak : Kit siang Melutut Minta Maaf Demi Undi Rakyat Sarawak


Semua orang rasanya sudah tahu benar dengan perangai pemimpin tua tak sedar diri DAP, Lim Kit Siang ini. Kalau ada apa-apa skandal, pergaduhan, perselisihan faham atau sebagainya yang melibatkan dirinya memang susah la nak keluar perkataan maaf dari mulut dia tu.
Tapi kali ini takde angin takde ribut boleh pulak Kit Siang minta maaf di hadapan rakyat Sarawak pada malam pertama kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak bermula. Dalam ceramah DAP tu entah ‘hidayah’ apa yang Kit Siang dapat. Tupptupppp, tahu pulak nak minta maaf kat orang. Fuhhhhh, pelik ni!
“Saya memohon maaf kerana gagal memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Sekarang kami menghadapi konflik di enam kerusi.
“Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya. Kita tunggu pilihan raya selesai,” katanya.
Iyela… DAP dan PKR kan mengalami konflik di babak-babak akhir semasa proses penamaan calon semalam. Masing-masing taknak mengalah… Yang PKR pulak cari pasal dan langgar perjanjian antara mereka yang telah ditetapkan sebelum ini.
Disebabkan masing-masing keras kepala dan nak tunjuk hebat, maka mereka akan bertembung sesama sendiri di enam kerusi iaitu di kerusi Mulu, Mambong, Murum, Simanggang, Ngemah dan Batu Kitang.
Elehhhhh… Nak ambil hati rakyat Sarawak la tu sebab tu sanggup ‘melutut’ minta maaf.. cehhhhh, acah-acah baik pulak orang tua ni. Tapi macam biasa lah, lepas je minta maaf terus Kit Siang bantai dan burukkan kerajaan dengan isu basi mengenai kontroversi 1MDB 
dan ‘kegagalan’ pemerintah menangani permasalahan itu.
Siap ‘merayu-rayu’ supaya rakyat Sarawak menyokong dan memberi undi kepada DAP supaya mereka boleh jadi ‘bodyguard’ kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Ehhhhh perlu ke ada ‘bodyguard’ dari DAP?? Kahkahkah!! Untuk apa?? Macam la Adenan tu selama ini dok buat gejala salah guna kuasa beli rumah banglo murah opsssss!
Sebenarnya DAP takut yang dorang akan kalah dengan PKR.. Yela korang tengok jela berapa ramai je yang sokong DAP kat Sarawak tu. Memang boleh kira dengan jari laa sebab tu Kit Siang sampai sanggup merayu-rayu macam ni untuk meraih undi. Eiiii jatuh maruah tau! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *