#PRNSarawak : Mat Sabu Kutip Derma Demi Ubah Sarawak


Menyedihkan betul la tengok Presiden Parti Amanah Negara, Muhamad Sabu ni! Nampak macam terlampau terdesak sehingga sanggup buat satu video yang bertujuan seperti mahu meminta sedekah atau derma untuk parti mereka.
Apa selama ni dorang tak cukup modal ke untuk menjayakan kempen dorang di Pilihan Raya Negeri Sarawak sekarang ni?? Atau mungkin juga pakatan pembangkang yang disertai Amanah iaitu Pakatan Harapan, langsung tak bantu parti tersebut dari segi wang ringgit?
Dengan menggunakan slogan ‘RM10 UNTUK PERUBAHAN’, Muhamad Sabu atau Mat Sabu seperti meminta dan mengemis supaya rakyat negara ini menderma kepada parti mereka.., kononnya untuk sama-sama berjuang bagi merealisasikan perubahan kepada negara.
Amanah ni sebenarnya takde duit nak memperbesarkan dorang punya kempen dan penerangan yang perlu dibuat bagi seluruh rakyat Sarawak. Kalau takde duit nak buat kempen, macam mana dorang nak yakinkan rakyat untuk undi dorang, betul tak?
Kesiannya… Sudah la takde duit nak buat kempen, mintak pulak derma. Apa yang paling kelakar, jual pulak nama kerajaan untuk meraih simpati supaya rakyat derma kat dorang. Tuduh kerajaan punca segala kemerosotan negara.
Sudah tu, cakap pula yang kerajaan ni sudah kikis semua duit rakyat dan harta-harta negara. Habis tu yang Mat Sabu buat ni, tak kikis duit rakyat ke??? Dengan minta sumbangan bagai, lepas tu jual nama kerajaan.. Kononnya untuk ubah negara.. Hahahaha.. Alahaiiii, mat sabun oiii!
Kalau betul ikhlas nak lakukan perubahan terhadap negara, buat jela! Tak perlu la sampai nak kaitkan dengan kerajaan pulak. Dengan cara burukkan kerajaan di mata rakyat, mungkin Mat Sabu ni fikir rakyat bakal beri sumbangan yang banyak kat dorang kot noh. Eshhhhhh, kesian la dorang ni.
Sudah la DAP dan PKR sekarang ni tengah berpecah belah… Amanah pulak kena cari jalan sendiri untuk cari modal buat kempen! DAP mesti tak sumbangkan ‘harta kaya raya’ dorang tu kat Amanah sikit sebagai modai perjuangan. Kesian. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *