#PRNSARAWAK : Pemuda MYPPP Buat Laporan Polis Berhubung Isu DAP Sarawak Menghina Kaum India

Ketua Pemuda myPPP (Peace, Progressive and Prosperity) Thaiyalan a/l Parmanadan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Petani, berhubung status DAP Sarawak yang didakwa menghina kaum India di negara ini serta menghasut orang ramai agar membenci kerajaan.

Menurut Thaiyalan, status yang dimuat naik oleh DAP Sarawak itu jelas menghina kaum india dan menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Di Malaysia, ambil pekerja Vietnam, anjing akan hilang. Ambil pekerja Bangladesh, amoi Melayu akan hilang. Ambil pekerja Indonesia, wang akan hilang. Ambil pekerja India, emas akan hilang. Ambil pekerja Cina, suami akan hilang.

“Pergi  cari polis, bukti hilang. Pergi cari hakim,pendakwaraya hilang. Pergi cari kementerian dalam negeri, laporan hilang. Ingin mahu tukar kerajaan, lebih banyak dana hilang,” kata Thaiyalan yang menterjemah status yang dimuat oleh DAP Sarawak.

Dalam masa sama, Thaiyalan turut memaklumkan beliau membuat laporan polis ini kerana mahu pihak berkuasa menyiasat berhubung status ini, dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pemilik akaun Facebook berkenaan.

Jelas Thaiyalan, status yang dimuat naik berbahasa Cina itu jelas mahu memburuk-burukkan imej Perdana Menteri yang kini giat memacu negara ke mata dunia.

“Saya mengesyaki ianya mengandungi unsur hasutan dan fitnah yang akan mengugat keamanan dan ketenteraman, serta disyaki akan menimbulkan kebencian serta persepsi negatif dikalangan rakyat Malaysia terhadap kerajaan yang memerintah iaitu kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tujuan laporan Polis ini adalah untuk menggesa pihak Polis dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan, mengambil tindakan yang sewajarnya berpandukan peruntukkan undang-undang sedia ada,” katanya.

DAP Sarawak sebelum ini memuat naik status berkenaan dipercayai untuk menghasut rakyat berbangsa Cina di Sarawak untuk menolak kerajaan negeri… Namun begitu, usaha itu gagal apabila bahasa cina yang dimuat naik itu turut difahami bangsa lain yang mempelajari bahasa Cina. – AndyBolatUtaranews.com

One thought on “#PRNSARAWAK : Pemuda MYPPP Buat Laporan Polis Berhubung Isu DAP Sarawak Menghina Kaum India

  • April 21, 2016 at 8:17 am
    Permalink

    Ambik dapigs…rmh kos rendah hilang…tanah hilang…bisnes hilang…
    Hehehe…banglo no swimming pool tak hilang…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *