Rani Kulup Mahu Ceramah Zakir Naik Diteruskan

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Rani, nampaknya seperti tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Polis Negara.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid mengarahkan supaya membatalkan ceramah yang bakal disampaikan oleh penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini. Akan tetapi dipertikaikan oleh Ayah Rani

Ceramah yang bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam (Persamaan antara Hinduism & Islam) terpaksa dibatalkan, kerana tidak mendatangkan sebarang manfaat dan kebaikan kepada masyarakat majmuk di negara ini. Malah ia juga dikhuatiri bakal menggangu keamanan negara.

Tidak dapat menerima kenyataan tersebut, Ayah Rani menggesa supaya Ketua Polis Negara menarik balik pembatalan ceramah yang dikeluarkan sebelum ini. Mungkin Ayah Rani tidak pedulikan mengenai ceramah yang disifatkan sebagai melanggar hak perkauman itu.

Malah bagi Ayah Rani, dia menyifatkan bahawa tindakan membatalkan ceramah Dr. Zakir Naik telah membuatkan ramai rakyat Malaysia mogok dan tidak bersetuju. Bahkan menganggap kehadiran Dr. Zakir Naik hanya untuk menjelaskan mengenai agama, dan bukan untuk menyerang agama kaum lain.

“Saya menyeru kepada Ketua Polis Negara agar pertimbangkan untuk tarik balik pembatalan ceramah Dr Zakir Naik bagi mengharmonikan keadaan negara pada ketika ini. Saya respect dan salut.

“Kalau tentang faktor keselamatan polis kan ada, kita ramai (badan beruniform keselamatan) askar dan lain- lain. Jagalah elok-elok, tak adalah kecoh. Faktor keselamatan ni, kalau Dr Zakir Naik pergi pelbagai negara, mseti dia dikawal elok-elok. Malaysia ni hebat, PDRM terbaik dalam dunia takkan tak boleh. Saya menyokong PDRM Malaysia ni bagus. Fikir balik elok-elok, saya salut.

“Sila buat sesuatu yang terbaik untuk negara ini,” katanya.

Luahan hati yang menyentuh perasaan tersebut, disampaikan Ayah Rani selepas dia membuat laporan polis mengenai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy yang telah mencetuskan sentimen keagamaan dengan menghina penceramah itu, malah menyifatkannya sebagai syaitan.

Mungkin ada sebab mengapa Ketua Polis Negara bertindak sedemikian, sebabnya bab agama India ni dorang sensitif sikit. Satgi orang India mengamuk.., haaaaa.. Habis korang.. Hahaha!! – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *