'Selamatkan Malaysia' Vs 'Runtuhkan Malaysia': Mahu Percaya Lagi Pada Mahathir?


Juak-juak ‘pemakan dedak’ Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sering menyebut ‘selamatkan Malaysia’. Di sana sini mereka pergi, jika tidak terbit dari mulut, maka akan tulis di Facebook tentang gerakan ‘tidak puas hati’ itu.
Kononnya kini negara dalam ‘bahaya’ di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kononnya itu ‘tanda-tanda awal penyakit kanser’, dan ada pula yang mendakwa Malaysia akan ‘ditahlilkan’ jika Najib terus menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya dirujuk pada sejarah ‘Mahathir and sons’ pada sekitar tahun 2008 dulu, itulah antara ‘skrip-skrip’ dan ‘plot’ drama yang mereka putarkan di layar politik negara. Tujuan mereka ketika itu hanya satu, iaitu jatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dari kerusi Perdana Menteri.
Ketika itu, mereka takut-takutkan rakyat dan pemimpin UMNO. Kononnya jika Pak Lah terus menjadi Perdana Menteri, maka negara akan ‘jahanam’. Padahal, Mahathir jugalah yang melantik Pak Lah sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau sendiri yang lantik bapa mertua Khairy Jamaluddin itu menjadi Perdana Menteri.
Tapi, dikatakan gara-gara Pak Lah enggan meneruskan projek ‘Jambatan Bengkok’, maka beliau jadi sasaran untuk dijatuhkan secepat mungkin. Mahathir ketika itu tidak pula sebut tentang projek ‘Fiber Optik’. Apa ada dengan ‘Fiber Optik? Cuba tanya Mukhriz…
Malaysia kini sedang kembali pulih dari malapetaka ekonomi. Sedang negara lain merangkak untuk keluar ‘wad’, namun Malaysia sudah mampu berlari kencang dengan pengukuhan ekonomi yang menerima pengiktirafan dunia.
Melucukan, Mahathir sebelum ini pernah mendakwa matawang ringgit akan terus lemah dan menjunam jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat jika Najib terus menjadi Perdana Menteri. Cuba periksa nilai RM berbanding Dolar hari ini. Sudah berada diparas RM5 bagi USD$1? Atau RM sudah berada di bawah RM4 bagi USD$1?
Tapi ada Mahathir minta maaf pada Najib? Tuduhannya meleset, tapi beliau tidak minta maaf. Jika benarpun terlalu ego, bila sudah ‘kantoi’ menipu, mengaku sajalah. Kenapa malu untuk mengaku salah? Namun apa yang jelas, Mahathir salah lagi kali ini.
Itupun masih lagi mahu menyebut ‘selamatkan Malaysia’? Perkara yang remeh pun salah jangka, inikan pula tentang perkara masa depan? Sehingga kini Malaysia masih selamat dan ‘steady’ maju ke hadapan. Segalanya makin kemas langkahnya…
Apa yang ‘sumbang’ adalah kem ‘Mahathir and sons’. Mahathir dilihat makin ‘nyanyuk’ dan ‘pelupa’. Prinsip diri sendiri pun sudah lupa, apatah lagi prinsip dan perjuangan UMNO. Penulis harap beliau tidak lupa jalan ke masjid…
Mukhriz pula semakin tidak keruan. Khabarnya dia kini merayau-rayau di Kedah mencari sokongan. Khabarnya aktiviti rayau Mukhriz itu pernah dibuat ketika berkempen pilihan raya dulu, tapi lepas jadi Menteri Besar, beliau selalu ‘hilang’.
Jika ada di kawasan pun, payah untuk rakyat bertemu ketika itu. Ada banyak ‘bodyguard’ katanya. Khabarnya Mukhriz jarang sangat jengok rakyat di kawasannya dulu. Jika turun pun, ‘pemakan dedaknya’ akan rakam gambar. Kononnya ‘bukti’ turun padang. Padahal, seminggu sekali pun payah!
Jadi penulis fikir, rakyat lebih tahu siapa yang berusaha keras bekerja untuk negara dan siapa sebenarnya yang sedang cuba meruntuhkan ‘tiang seri’ negara. Negeri Kedah misalnya hampir ‘runtuh’, mujurlah kini Ahmad Bashah ambil alih. Jika tidak, terpaksalah penulis lancarkan gerakan ‘selamatkan Kedah’… – AmirHamzah/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *