Syazwan Zulkifly Menagih Cinta Shenty Semula

Wanita mana la yang nak terima teman lelaki yang sebelum kahwin pun dah naik tangan kat dorang.. Boleh trauma tau wanita bila lelaki dah mula naik tangan, pastu bila dah wanita minta putus.. Baru si lelaki tahu erti penyesalan, minta nak berbaik semula..

Macam kes Syazwan Zulkifly ni la, dia kan dulu dok bercinta dengan Shenty.. Dalam tengah seronok bercinta, bergaduh sikit Syazwan dah naik tangan kat Shenty.. Dah kena pukul, trauma la si Shenty tu..

Walaupun, dah lama putus cinta dengan Shenty.. Nampaknya Syazwan ni masih lagi tak boleh ‘move-on’.. Masih lagi dok mengharapkan semula cinta Shenty.. Syazwan pun dah pergi menunaikan umrah, mungkin dah betul-betul insaf..

Sebelum pergi menunaikan umrah dia sempat berjumpa dengan Shenty dulu.. Syazwan akui masih sayangkan Shenty, kalau Shenty nak berbaik semula dengannya memang dia akan terima..

Tapi, perempuan sekali dah makan penampar, memang selalunya dah trauma nak kembali semula dengan lelaki.. Tak kahwin lagi pun dah boleh makan penampar, kahwin nanti kaki tangan semua melekat kat badan.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *