Tak Reti Membaca Dan Menulis Punca Zero Langgar Perjanjian

Tak sangka ada juga artis tempatan yang tak pandai membaca dan menulis.. Miss A dapat tahu Kumpulan Zero yang terdiri dari Atu, Syaiful dan Sharif dah melanggar sebuah kontrak dengan sebuah syarikat penerbit filem sebab tak faham dengan kontrak yang telah tertulis..

Ahli kumpulan ini dah menurunkan tanda tangan pada kontrak tersebut, tapi tak ikut apa yang tertulis pada kontrak.. Sebenarnya kontrak yang dorang sain ni dalam bahasa Inggeris.So, dorang tak berapa nak faham apa yang tertulis.. Dorang hanya sain saja dokumen tu..

Waktu dorang tanda tangan dokumen tu, pihak yang terlibat hanya maklumkan kat dorang yang itu hanyalah surat tawaran pasal filem.. Dorang tak tahu surat yang dorang tandatangan tu adalah sebuah kontrak..

Sebabkan hal itu, kumpulan Zero didakwa dah langgar kontrak penjanjian.. Kalau ikut dari penjanjian yang dorang dah tanda tangan tu, kumpulan Zero ni kiranya dah berjanji hanya akan berlakon dengan penerbitan mereka sahaja..

Haa.. Itulah bahayanya kalau main sain saja dokumen kalau tak baca betul-betul penjanjian yang dah ditulis.. Tak mahu pisang berbuah dua kali, Atu dah ambil isterinya Shafeeqa Johari jadi pengurus kumpulan dorang..

Isteri Atu tu pandai dan lebih faham bahasa Inggeris, so bila ada dokumen yang tertulis dalam bahasa Inggeris isterinya yang akan uruskan.. Susah kalau nak buat sebarang perjanjian kalau tak tahu bahasa Inggeris.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *