Tony Eusoff Kantoi Memiliki Dadah Paling Bahaya Di Singapura?

Sekali lagi, industri hiburan dikejutkan dengan berita pelakon yang agak popular di Malaysia terlibat dengan dadah.. Kenal Tony Eusoff? Pelakon yang selalu dok pegang watak sampingan dalam kebanyakkan drama.. Kadang-kadang selalu pegang watak sebagai lelaki jahat atau lelaki gatal..

Kat Singapura nama Tony sering diperkatakan peminatnya sebab dia dah didakwa kerana memiliki dadah.. Dadah tu sikit saja kot, bukan berat mana.. Tapi, itulah kalau dah melibatkan dadah banyak atau sikit  memang tetap salah..

Tony dituduh memiliki dadah yang ada dalam satu paket beg yang diisi dengan bahan sayuran.. Dorang telah analisis dan mendapati ada campuran ganja seberat 4.59 gram kat cebisan sayur.. Haa, jangan main-main dengan polis Singapura, dadah ni kecil dok kat cebisan sayur pun dorang boleh detect..

Dadah yang dorang jumpa tu pulak adalah dadah yang disifatkan paling bahaya di negara Singapura.. Jika Tony disabitkan bersalah, dia akan dikenakan penjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga $20,000 atau kedua-duanya sekali..

Nak tahu Tony bersalah atau tidak kerana memiliki dadah paling bahaya, kes dia akan didengarkan semula pada 12 April ini.. Jangan la dok buat main-main benda pasal dadah ni.. Kantoi dengan pihak polis, meringkuk dalam penjara la jawabnya.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *