Wak Doyok Cuba Tumpang Populariti Asfan!!

Ingatkan pelakon-pelakon tempatan saja yang dok berlumba-lumba nak jadi ‘bidan terjun’.. Rupanya, ikon fesyen Wak Doyok pun kalut nak jadi ‘bidan terjun’.. Patutnya Wak Doyok kena masuk program ‘Gempak Superstar’..

Bukan saja nak dikenali sebagai ikon fesyen, Wak pun sekarang mula nak jadi penyanyi.. Dah tak ada ‘job’ sangat kot sampai terpaksa terjun ke bidang nyanyian.. Jauh sangat bidang fesyen nak terjun ke bidang nyanyian..

Sedap ke suara Wak tu nak jadi penyanyi? Wak dedahkan pada media yang dia akan tampil dengan single pertamanya tak lama lagi.. Penyanyi yang di ambil untuk bekerjasama dengan Wak pun bukan penyanyi ‘bodoh-bodoh’..

Wak bakal bekerjsama dengan penyanyi Asfan yang terkenal dengan lagu ‘Maafkan Aku’ OST untuk drama ‘Rindu Awak 200%.. Nak jadi penyanyi buat pertama kali mesti kena ada stategi, ye dak?

Single pertama Wak adalah bergendre balada.. Tapi, pandai Wak cari penyanyi untuk bekerjasama.. Asfan kan penyanyi yang popular juga, bila bekerjasama dengan penyanyi yang dah popular, boleh la Wak tumpang popular Asfan..

Tunggu dan dengar jelah lagu sulung Wak ni, dalam radio atau tak secara live mungkin suara boleh ‘buat’ bagi sedap.. Kalau buat show ‘live’ suara ke laut, memang jadi bahan ejakan peminat la Wak.. Tak sabar nak dengar, merecik ke idok suara Wak ni.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *