Yuna Sebenarnya Orang Indonesia?


Amboi, bila sudah terkenal di luar Negara, semua mula nak mengaku penyanyi Yuna adalah artis dari negara mereka.. Buat yang masih tak tahu, lagu gandingan Yuna dan penyanyi luar Negara Usher iaitu ‘Crush’ sudah pun mendapat sambutan hangat dari rakyat di Amerika Syarikat..
So, Yuna memang dah mengharumkan nama Malaysia sebagai seorang penyanyi yang dah berjaya menarik minat rakyat AS untuk lebih mengenali Negara Malaysia.. Tapi, yang menjadi bahan lawaknya, bila rakyat seluruh negara Indonesia mula dok mengaku Yuna adalah penyanyi yang berasal dari negara dorang..
Bila dah terkenal, dok bergaduh mengaku Yuna berasal dari Negara sendiri.. Padahal langsung tak kenal siapa Yuna.. Nampak muka ala-ala macam artis dan penyanyi negara dorang.. Terus dakwa Yuna adalah penyanyi Indonesia..
Menerusi akaun Instagram Usher, dia telah memuatnaik gambar bersama Yuna.. Tapi, apa yang menjadi perhatian bila ramai orang yang meninggalkan komen mendakwa Yuna adalah artis dari Indonesia..
Antara komen yang ditulis di akaun Instagram Usher dari rakyat warga Indonesia adalah ‘proud to be Indonesian’.. Lepas tu ramai rakyat Malaysia tampil mengkritik orang yang mengaku Yuna sebagai orang Indonesia tu..
Komen kat gambar yang dimuatnaik Usher penuh dengan komen orang melayu.. Mesti sepatah haram Usher tak paham langsung apa yang orang dok komen kat IGnya tu.. Hahaha.. Macam-macam hal.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *