Aishah dan Leman Rajalawak berkempen untuk AMANAH di Beting Maro

BETING MARO – Kehadiran bekas selebriti Aishah dan juga Leman Rajalawak nampaknya berjaya menarik ratusan pengundi di kawasan DUN N29 Beting Maro semalam untuk bersama dengan parti Amanah Rakyat (AMANAH).

Wan Aishah Wan Ariffin yang merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parlimen Batu, bersama-sama dengan Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak/Lawan) Pengerusi Amanah Sik, berkempen bersama calon N29 iaitu Hud Andri Zulkarnaen menentang calon BN disini.

Selain menyampaikan lagu-lagu dari album lamanya, Aishah juga berceramah mengenai perjuangan AMANAH yang dikatakan lebih jauh kehadapan berbanding parti-parti lain di Malaysia.

Aishah juga menyatakan bahawa AMANAH lebih dipercayai di semenanjung kerana ia adalah gabungan dari pemimpin-pemimpin yang terbaik pernah ada didalam PAS. Selain itu, AMANAH juga membuktikan mempunyai aura tersendiri apabila berjaya mengumpul banyak ahli walaupun baru ditubuhkan.

Leman Rajalawak pula berceramah sambil berlawak mengenai GST dan juga keperitan hidup rakyat semenanjung dibawah pemerintahan BN. Leman mendakwa, BN di semenanjung menzalimi rakyat apabila rakyat langsung tidak dibenarkan bersuara.

Selain itu, mereka juga mendakwa GST akan dinaikkan jika BN masih memerintah. Tanah serta hasil bumi Sarawak juga akan dikaut secara rakus jika Ketua Menteri yang didakwa menjadi boneka Perdana Menteri dibiarkan berkuasa.

Sebelum ini, calon BN Razaili Gapor dari Parti Bumiputera Bersatu (PBB) menang di DUN N29 ini dengan majoriti 391 undi sahaja. – Utaranews.com

One thought on “Aishah dan Leman Rajalawak berkempen untuk AMANAH di Beting Maro

  • May 10, 2016 at 10:25 am
    Permalink

    PAN kalah teruk.. hilang deposit.. karkarkarkarkarkar
    dapat 103 undi.. PAN PAn Pan PAMPAS

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *