Akhirnya Guan Eng Jejak Kaki Di Pejabat SPRM Hari Ini


Selepas hampir sebulan lebih menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merakamkan keterangan berhubung penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian rumah banglo mewah, akhirnya hari ini baru Guan Eng menjejakkan kaki ke pejabat SPRM.
Berita mengenai Guan Eng akan pejabat SPRM hari ini mula tersebar semalam, ia menyebabkan rakan-rakan media serta orang ramai hadir ke pejabat SPRM di Pulau Pinang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes ini.
Pada jam 9 pagi tadi, puluhan wartawan dan orang ramai telah membanjiri pintu masuk pejabat SPRM untuk menanti ketibaan Guan Eng… Bagaimanapun, pada jam lebih kurang 9.15 kenderaan rasmi yang dinaiki Guan Eng terus memecut laju memasuki perkarangan pejabat SPRM.
Guan Eng yang ke pejabat SPRM turut ditemani oleh Adun Seri Delima RSN Rayer, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh  Deo dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ram Karpal apabila ketiga-tiga ‘jejaka’ tersebut kelihatan mengiringi Guan Eng masuk ke pejabat SPRM.
Selang 20 minit selepas Guan Eng masuk ke pejabat SPRM, Gobind Singh keluar menemui para media untuk memberi kenyataan mewakili Guan Eng… Menurut Gobind Singh, keterangan Guan Eng akan diambil sehingga jam 1 tengah hari dan akan disambung selepas solat jumaat. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *