Akhirnya MPSP Turut Ikut Jejak MBPP!!

Sebelum ini, rakyat Pulau Pinang yang tinggal atau bekerja di kawasan Seberang Perai berasa senang kerana pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak mengenakan syarat yang ketat seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Seperti yang kita ketahui, MBPP telah mengubah syarat meletak kenderaan yang sebelum ini bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat kepada 9 pagi hingga ke 12 tengah malam pada sepanjang hari…. Pada hari cuti umum tiada pengecualian dan pengguna terpaksa membayar parking terbabit.

Dengan perubahan syarat oleh MBPP ini… Ia telah menyusahkan rakyat yang mahu membawa ahli keluarga pada hari cuti, dan perubahan ini jelas menunjukkan MBPP dibawah kelolaan kerajaan DAP Pulau Pinang sedang rakus mengaut wang rakyat.

Selain itu, MBPP juga telah mengenakan syarat yang lebih ketat kepada pesalah jalanraya apabila menarik kereta yang melakukan kesalahan ‘kecil’ tanpa budi bicara di antara kedua-dua pihak… Tindakan MBPP menarik kereta tanpa budi bicara telah menyebabkan mereka digelar lebih kejam dari anggota polis.

MBPP yang telah mengubah syarat asal sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri, bagaimanapun tidak diikuti oleh MPSP… MPSP masih mengamalkan syarat lama yang telah ditetapkan sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Namun begitu, MPSP yang dijangka tidak akan mengikuti jejak MBPP itu… Akhirnya, turut menyertai MBPP untuk meragut wang rakyat apabila mengubah syarat-syarat meletak kenderaan yang telah ditetapkan.

MPSP telah mengubah syarat meletak kenderaan yang sebelum ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat kepada jam 8 pagi hingga 9 malam sepanjang hari kecuali hari ahad dan cuti umum.

Walaupun MPSP mengubah syarat tidak seketat yang dibuat MBPP… Namun perubahan syarat yang dilakukan ini jelas menunjukkan MPSP menindas rakyat di Seberang Perai, memandangkan majoriti penduduk dikawasan itu berpendapatan rendah. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *