AMANAH Cuba Cabar Kekuatan PAS

Parti serpihan PAS iaitu AMANAH yang diketuai oleh Mohamad Sabu, seolah-olah ingin mencabar PAS di kerusi Parlimen Sungai Besar yang akan berlangsung Pilihan Raya Kecil pada 18 Jun ini. AMANAH meletakkan calon bagi mewakili parti pembangkang dan menentang PAS yang juga merupakan parti pembangkang kerajaan.

Melalui PRK kali ini, rakyat akan dapat melihat kekuatan sebenar PAS bagi mengalahkan AMANAH. AMANAH yang disokong kuat oleh Pakatan Harapan sudah mula berangan untuk memenangi kerusi kali ini. Namun, PAS juga tidak keberatan untuk perjuangkan hak mereka kerana rakyat sudah mengetahui tradisi kerusi PAS dikawasan tersebut.

Dalam pada itu, AMANAH hanya meluahkan pandangan bahawa PAS tidak lagi  mendapat sokongan rakyat dan mungkin lemah tanpa sokongan Pakatan untuk meraih undi bukan melayu. Menerusi berbalahan ini, AMANAH juga akan dinilai sebaik sahaja selesai PRK sama ada parti ini akan kekal atau terus terkubur.

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, jika PAS masih kekal bersama pembangkang mungkin PAS akan dikatakan sebagai ‘kuda tunggangan’ kerana hanya mengikut arahan pakatan sahaja dan mengadaikan hak kebebasan parti sendiri.

“Jika ini berlaku, PAS yang pasang poster teruk-teruk, kempen sana sini, tapi nikmat kemenangan dikecapi orang lain. Malah, mereka (PAS) sekali lagi akan dilupakan,” katanya..

“Pada hemat saya, kalau kedua-dua parti bertanding pun bagus, sebab semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak pun sudah terbukti percaturan pembangkang kurang cerdik,” katanya.

Ujarnya, sebuah parti politik perlu ada kebijaksanaan dan keupayaan pemimpin untuk menyatukan masyarakat. Bukan hanya semasa berkempen sahaja menabur janji, malah setelah selesai berkempen tanggungjwab kepada rakyat perlu ditunaikan. – Hkay/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *