Amyra Rosli Kena ‘Tegur’ Sebab Makan Guna Tangan Kiri

Sapa ajar Amyra Rosli yang cantik lagi comel ni bila makan kena guna tangan kiri? Ada pulak nak suap makanan guna tangan kiri, budak-budak kecil bila makan tangan kiri selalu kena marah dengan mak ayah.. Amyra ni dah besar panjang pun tak tahu nak makan guna tangan mana satu lagi ka?

Tahu la muka comel pun, ingat orang ramai tak nampak ke Amyra tu dok suap makanan tangan kiri.. Amyra dah kena ‘tegur’ dengan peminat sebab dah memuatnaik gambar makan apa benda Miss A tak tau la, tapi suap makanan guna tangan kiri..

Gosip pasal Amyra dan Amar Baharin dah bertunang pun tak habis lagi.. Tiba-tiba dah ada gosip baru pasal Amyra.. Dah kena ‘tegur’ dengan netizen pasal makan pakai tangan kiri ni, agak-agak Amar akan ‘backup’ Amyra tak?

Manalah tahu Amar marah bila tengok teman rapatnya Amyra dah kena kecam dengan netizen.. Tampil menjadi hero ‘backup’ Amyra dari menjadi mangsa ‘keyboard warrior’.. Nak jadi hero sangat, nanti silap-silap Amar yang kena hencap balik..

Kalau dah salah tu salah juga, tak payah la nak ‘tegakkan benang yang dah basah’.. Jadi artis ni kena pandai tapis dulu gambar yang nak dimuatnaik kat laman sosial.. Harap Amyra dapat terima teguran peminat dengan hati yang terbuka..

Jangan dok jadi macam Neelofa pula, langsung tak boleh nak terima teguran.. Dah orang tegur benda betul, masih lagi nak muatnaik status menyindir netizen.. Dah rasa diri tu hebat sangat, bila dia buat semua benda betul, tak ada orang boleh tegur.. – MissA/UtaraNews.com

One thought on “Amyra Rosli Kena ‘Tegur’ Sebab Makan Guna Tangan Kiri

  • 20/05/2016 at 12:24 am
    Permalink

    pengacara "soal wanita" tv alhijrah juga guna tangan kiri. Kena sentiasa ada ILMU, baru sesuai bertugas dengan tv alhijrah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *