Anwar Dah Bersuara, Wan Azizah Perlu Arah PKR Tinggalkan Mahathir

Habis kecoh dilaman sosial dan kedai-kedai kopi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh, telah mengutuskan 8 pucuk surat buat ahli dan pemimpin PKR yang sanggup bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Andy difahamkan, surat yang ditulis bekas Ketua Pembangkang itu menasihati ahli dan pemimpin PKR supaya tidak terjebak dengan gerakan Mahahtir, dan berharap mereka yang terlibat dengan gerakan Mahathir segera meninggalkan pentas tersebut.

Selain itu, Anwar juga melahirkan rasa kebimbangan terhadap pemimpin dan ahli PKR yang akan digunakan Mahathir untuk mencapai kepentingan peribadinya… Selepas tercapai agenda tersebut, Mahathir akan menendang ‘kawan-kawan’ dalam gerakan ini sepertimana yang dilakukan Mahathir kepada Anwar satu ketika dahulu.

“Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk ‘reformasi terhadap demokrasi yang beramanah’. Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. ‘Dokumen Tun M’ itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi.

“Deklarasi Rakyat hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah.

“Mahathir pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan. Bagaimanapun terdapat pemimpin PKR terpegun dan merendah diri dengannya, seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal.

“Mahathir tidak pernah menghargai sifat berlapang dada padanya, bahkan menunjukkan sifat terkutuk meneruskan serangan peribadi. Lebih sedih lagi, penghinaan itu tidak dibela oleh rakan-rakannya yang lebih mementingkan usaha sama dengan Mahathir. Anwar dan Azizah merasakan keperluan membantah sebagai prinsip mempertahankan maruah,” intipati-intipati surat yang ditulis Anwar.

Surat ini jelas menunjukkan Anwar sudah bersuara untuk menyelamatkan partinya yang makin hanyut dengan ‘lakonan’ hebat Mahathir…. Anwar sudah tidak boleh tengok anak-anak buahnya terus diperbodohkan oleh orang yang menzaliminya.

Oleh demikian, Kak Wan sebagai Presiden PKR perlu memainkan peranan dengan menggesa kesemua ahli dan pemimpin PKR segera meninggalkan gerakan Mahathir…. Kak Wan jangan sibuk main kipas kat tangan tu je…. Arahkan segera ahli dan pemimpin PKR untuk tinggalkan gerakan Mahathir!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *