Azmin Ali Bakal Dibersihkan Dari PKR


Wah!!! Nampak gayanya kempen nak “mem-BERSIH-kan” PKR dari pengaruh Si Azmin tu semakin rancak. Pelbagai mekanisme sedang diusahakan untuk mengguling Timbalan Presiden PKR tu.
Kalau sebelum ini, pelbagai kepincangan dan penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor tu telah pun didedahkan kepada rakyat secara umum.
Malah persoalan mengenai pertikaian tentang kesetiaan Si Menteri Besar Selangor kepada dasar perjuangan parti juga, turut menjadi satu isu utama yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
Nak pulak sejak Si Menteri Besar Selangor tu dilihat seolah – olah menjadi semakin taksub dengan Tun Mahathir dan gerakan deklarasi yang dibuat bagi menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini.
Bagi sesetengah pendapat, tindakan Si Azmin tu menyokong deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir itu seolah – olah membelakangkan pendirian serta dasar perjuangan parti secara terbuka.
Sokongan tidak berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh Si Azmin tu jelas merupakan satu penghinaan kepada Presiden parti serta ahli keluarga Si Ketua Penipu tu secara terang – terangan.
Mungkin atas dasar itu, penyokong kuat Wan Azizah tampil membuat cabaran terbuka kepada Azmin untuk berdebat dengan mereka berhubung isu yang berkaitan dengan deklarasi tersebut.
Namun malangnya, dari kenyataan yang dibuat oleh wakil SAMM, jemputan debat yang dibuat kepada Si Menteri Besar Selangor itu GAGAL mendapat jawapan balas dari pihaknya.
Kata mereka, debat ini pada awalnya menampilkan Bekas Pengerusi Bersih, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bayan Lepas dan YB Amiruddin Shaari yang mewakili kumpulan ‘Pro-Deklarasi’.
Sekaligus ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu TAKUT nak berdebat secara terbuka mengenai isu yang KONONnya disokong seratus peratus. Nampak sangat yang Si Azmin tu dah mula Kecut Buah Kerandut dan Takut pada Bayang – Bayang sendiri!!!a

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *