Aznil Nawawi Dikritik Peminat Sebab Terlalu Fanatik Nak Cantik

Pengacara Aznil Haji Nawawi ni memang cukup terkenal sebagai seorang artis yang ‘muka tak dimamah usia’, kalau tengok macam tak percaya umur Pak Nil ni dah pun mencecah 50-an.. Tapi, artis ni kalau dah ada duit, selalu nak cantikkan muka dan nampak tegang dorang gunakan botox..

Ada pihak rasa muka Pak Nil yang tegang dan langsung tak nampak kedutan di wajah sebab cucuk botox.. Tak mahu peminat terus memfitnah dirinya menggunakan ‘botox’, Pak Nil tampil dedahkan dirinya tak pernah menggunakan botox..

Tapi, Pak Nil hanya membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, aksigen dan ambil vitamin.. Kalau ikutkan jumlah yang Pak Nil habiskan untuk mendapat wajahnya yang sekarang ni adalah berjumlah RM4,000 untuk sebulan..

Satu jumlah yang sangat besar yang nak dihabiskan hanya untuk penjagaan muka? Dari habiskan duit banyak macam tu untuk sebulan, lagi baik Pak Nil guna duit tu setiap bulan bersedekah pada orang yang lebih memerlukan lagi bagus..

Netizen sifatkan Pak Nil dah terlalu fanatik nak cantik, dah macam perempuan nak habiskan duit untuk jadi cantik.. Lelaki pun ada juga yang sanggup habiskan ribu-ribu untuk penjagaan wajah kan?

Kat dunia ni boleh la guna duit untuk nampak cantik dan lebih muda dari usia.. Tapi, ada benda yang Pak Nil tak boleh nak beli guna duit juta-juta.. Iaitu usia dan kematian, kalau cantik pun kat kubur tetap kena makan dengan ulat juga..

Bangga sangat nak dedahkan pada umum yang dia sanggup habiskan duit ribu-ribu untuk cantik.. Tak pasal-pasal Pak Nil kena ‘hadam’ nasihat dari netizen.. Cantik kat dunia biar seimbang dengan cantik di akhirat.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *