Calon PAS Tak Yakin Menang Di PRK


PAS sebelum ini terlalu yakin untuk memenangi kerusi di Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sungai Besar, kerusi Parlimen Sungai Besar kosong ekoran kematian penyandangnya sebelum ini dalam nahas helikopter di sarawak.
Tetapi setelah mengumumkan calon mereka iaitu Dr Abdul Rani Osman, PAS seolah-olah tidak yakin untuk menang disebabkan oleh calon mereka bukan seorang anak tempatan. Tiba-tiba pulak PAS ni tak yakin, sebelum ni megah dengan jentera parti, mana hilangnya jentera kuat PAS untuk tolong calon mereka berkempen.
Menurut Ahli PAS Mohd Fauzi Zakaria, peluang PAS nampak tipis kerana calon perlu kerja kuat menarik pengundi di atas pagar kerana sudah tentu kelompok pengundi ini akan memilih calon tempatan sebagai pilihan. Dah jadi macam ni, baru PAS mula fikir tentang calon tempatan yang banyak kelebihannya berbanding calon luar kerana akan dijadikan orang asing oleh penduduk setempat.
“Ahli Pas tegar semestinya tetap sokong siapa saja calon Pas, tapi kita bimbang bagaimana rakyat yang tidak berpihak ini akan undi Pas sebab calon diketengahkan bukan anak tempatan,” katanya
Mungkin dengan kesilapan PAS memilih calon mereka, akan membuka pintu untuk pengundi melihat calon Barisan Nasional yang lebih dikenali serta cara kerja yang ditunjukkan sebelum ini kepada rakyat akan memberikan tambah nilai kepada calon BN.
Dalam pada itu, ahli akar umbi PAS juga kurang bersetuju dengan calon yang dipilih. Betul ka?? Sebelum ini mereka menyokong mana-mana calon saja tetapi sekarang dah boleh dengar suara-suara sumbang ahli PAS yang lain mengenai calon yang dipilih. Nak boikot calon sendiri pulak ka??
“Biasanya, pengundi pilih parti tapi keputusan akhir ialah siapa calon yang ditampilkan parti bertanding,” katanya. Pengundi di Peket 60, Mohd Aizul Yazid Jailani
Kesimpulannya, ahli PAS perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun peluang mereka kelihatan tipis di Parlimen Sungai Besar kerana memilih calon asing untuk bertanding menentang calon tempatan. – Hkay/Utaranews.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *