DAP Boikot PAS Dalam Dua PRK

Wah… Wahh… Bukan main sombong lagi DAP ni… DAP boleh kata dorang sama sekali tidak akan menyokong calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Selain itu, DAP turut kata parti mereka tidak akan berunding atau berbincang dengan Pas mengenai dua PRK yang akan diadakan pada 18 Jun nanti secara serentak…. Tetapi apa yang DAP mahukan adalah, Pakatan Harapan meletak calon di kerusi terbabit.

“Kami (DAP) hanya menyokong calon-calon daripada Pakatan Harapan,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

Kesian DAP… Ingat Pas kebulur sangat kot nak sokongan dari parti cina kiasu tu… Pas pun tak hingin nak sokongan DAP untuk menangkan calon Pas dalam dua PRK tu nanti.. Pas pun ada sokongannya sendiri… Sokongan Pas lebih kuat berbanding sokongan Pakatan Harapan.

DAP pun berterus terang jelah nak Parti Amanah Negara (PAN) bertanding dalam dua PRK ni sebagai calon Pakatan Harapan… Bukannya tak tahu DAP nak PAN jadi pengacau Pas dalam dua PRK ni.

Lagipun nampak sangat PAN nak bertanding dalam dua PRK ni… PAN dah maklumkan tetap akan bertanding walaupun Pas tidak mahu berundur.. Yang tak tahan tu, PAN siap berani bagi amaran kat PKR supaya abaikan perbincangan dengan Pas.

PAN berani bagi amaran kat PKR mesti disokong oleh DAP ni… Kalau tak PAN mana berani nak bersuara nak beri amaran apa-apa… Bukan kata amaran, PAN nak bersuara minta sesuatu pun tak berani sebelum ni… Tapi kali ni, PAN memang berani mati betul.

Apa-pun… Kalau DAP nak boikot Pas dalam dua PRK ni… Ia tak beri kesan apa-apa pun terhadap parti Islam itu… Malah, tindakan boikot DAP itu, berkemungkinan memberi kelebihan buat Pas untuk memenangi kerusi-kerusi ini. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *