DAP Mula Campur Tangan Urusan Parti MCA


Nampaknya DAP mula mencampuri urusan parti MCA selepas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ‘melatah’ ekoran rang undang-undang hudud Pas yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun lalu berjaya dibentangkan dalam sidang Parlimen baru-baru ini.
Ekoran Tiong Lai ‘melatah’, pemimpin  Veteran DAP Lim Kit Siang mencabar Tiong Lai untuk menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai undang-undang hudud ini.., sama ada ia melibatkan kanun keseksaaan Islam ataupun tidak.
Kit Siang berkata, Tiow Lai perlu menuntut penjelasan daripada Najib mengenai rang undang-undang ini memandangkan Najib pada Jumaat lalu, mendakwa rang undang-undang ini hanya salah faham besar oleh MCA, MIC dan Gerakan.
“Liow berkata beliau akan berjumpa Najib untuk menyampaikan kebimbangan ahli MCA berhubung rang undang-undang Hadi. Beliau perlu mendapatkan penjelasan Najib dalam agenda tiga perkara mesyuarat kabinet pada 20 Mei menolak rang undang-undang Hadi, sama ada rang undang-undang Hadi adalah mengenai kira hudud dan untuk mengembalikan status quo dengan pemecatan Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Rosnah Abdul Rahsid Shirlin.
“Adakah Perdana Menteri betul apabila beliau mendakwa bahawa rang undang-undang Hadi itu bukan hukum hudud? Atau adakah menteri-menteri yang mengancam untuk meletakkan jawatan itu betul kerana berpendapat tindakan Hadi itu akan merintis jalan kepada pelaksanaan hudud?” kata Kit Siang.
Menyibuk betul Kit Siang ni… Nak masuk campur urusan parti orang lain pula… Siap mengajar pula tu… Macam laa parti DAP tu dah cukup ‘perfect’, sampai nak turunkan ilmu kepada pemimpin parti lain.
Kit Siang tak payahlah nak menyibuk nak gesa MCA untuk tuntut penjelasan dari Perdana Menteri… Kit Siang tak perlu nak mencampuri urusan MCA mahupun Barisan Nasional… Ini urusan peribadi Barisan Nasional…. Tahulah Perdana Menteri nak jelaskan.
Lagipun benda ni memang disalah faham oleh MCA, MIC dan Gerakan… Bila meraka tak faham, mereka mula melatah… Benda boleh dibawa bincang dan difahamkan… Tapi sebab ikut perangai DAP… MCA, MIC dan Gerakan menggelabah biawak!!
Dari Kit Siang sibuk nak mencampuri urusan Barisan Nasional… Apa kata Kit Siang pergi perbetulkan dahulu Pakatan Harapan yang semakin hari semakin hilang harapan tu… Tak payah nak sibuk urusan orang lain. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *