DAP Pilih Bulu Dalam Isu Penyelewengan – Bekas Adun DAP

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee mendedahkan DAP yang kononnya sebuah parti demokrasi adalah sebuah parti yang ‘pilih bulu’  dalam isu penyelewengan ahli parti.

Jenice mendakwa, DAP bertindak ‘pilih bulu’ apabila hanya mengambil tindakan ke atas dirinya dan juga Adun Teluk Datuk, Loh Chee Yeng, tetapi tidak mengambil tindakan terhadap ahli DAP yang mempunyai jawatan di dalam parti seperti Lim Guan Eng.

Jenice berkata, DAP sepatutnya mengambil tindakan sama terhadap Guan Eng kerana Setiausaha Agung DAP itu terlibat dengan penyelewengan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah di Jalan Mewah.

Tambahnya, walaupun integriti Guan Eng belum disahkan oleh pihak berkuasa, DAP sepatutya meminta Guan Eng supaya bercuti sehingga siasatan selesai… Tapi apa yang dilakukan DAP, hanya membiarkan Guan Eng terus menjalankan tugas.

“Saya tidak faham, saya juga dipecat daripada DAP atas kesalahan yang sehingga hari ini belum dapat dibuktikan kesalahannya, saya dibuang kerana bercakap dengan lantang walaupun hakikatnya sesetengah pemimpin parti dan rata-rata masyarakat, masih melihat saya sebagai pemimpin berintegriti.

“Bagaimana dengan kesalahan pemimpin lain yang menjadi kesukaan, adakah mereka akan terlepas? Mengapa tiada sesiapa walaupun Kok Wai mendesak Guan Eng untuk bercuti sementara sehingga kes banglo itu disiasat? Adakah kerana beliau adalah Setiausaha Agung?

“Bagaimana pula dengan kes Adun Balakong, Ng Tian Chee yang didapati terlibat dengan aktivit perjudian? Hanya digantung tiga bulan. Adun Teratai, Tiew Way Keng turut menghadapi kes penyelewengan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) namun sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan,” kata Jenice yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP.

Tak payah pening-pening Jenice… Memang dah tahu DAP ni jenis ‘pilih bulu’… Kalau betul tak pilih bulu, dah lama dah Guan Eng kena tindakan.. Tapi sampai sekarang masih ‘kebal’… Nampak sangat DAP bukan parti yang demokrasi. – AndyBolat/UTaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *