Era FM Akan Hilang Pendengar Kerana Tauke Jambu

Ramai betul pendengar radio Era FM yang tak puas hati dengan segmen petang ‘Sate’ yang dikendalikan Tauke Jambu, Dina dan Shahrol Shiro.. Ingat lagi tak dulu radio Era FM pernah diboikot oleh netizen sebab dah buat prank call pada seorang wanita?

Alah yang Shahrol call wanita ni, pastu suami dia rampas telefon tulah.. Shahrol cakap isteri lelaki tu yang telefon dia dulu.. Mengamuk la suami tu ingat bininya tu curang, sampai bini kena maki nak kena penyepak.. Ingat lagi kan? Ramai orang yang hencap prank call gila segmen ‘Sate’.. Sebab boleh buatkan rumahtangga orang lain hancur.. Mahu suami tu ceraikan isteri waktu dorang tengah buat prank call tu, tak kena naya..

Ingatkan dah kena hencap sebab prank call bodoh macam tu, Dj segmen Sate ni nak insaf.. Baru-baru ini, Dj ‘Sate’ dah buat prank call pada seorang lelaki dari Sabah.. Dorang telefon maklumkan kat laki tu dia dapat tawaran untuk jadi penyanyi professional..

Lelaki tu punya excited nak datang Kuala Lumpur sebab nak ubah nasib, tiba-tiba Dj Sate cakap itu semua hanya prank call.. Tak payah la nak buat prank call yang bagi harapan palsu kat orang wei.. Bodoh punya idea, sapa punya idea yang dok buat macam ni..

Salah seorang Dj Sate iaitu Tauke dah mengamuk kat Twitter bila netizen kecam prank call dorang tu.. Tauke tampil di Twitter membalas kritikan netizen.. Kasar juga bahasa yang digunakan Tauke..

Tapi, memang dah salah pun prank call Tauke tu, last-last sekali Tauke balik yang kena hencap dengan netizen beramai-ramai kat Twitter.. Komen balas dari Tauke memang riak, Tauke mempersoalkan kenapa masih ramai yang dok dengar radio Era FM kalau dah tak suka..

Amboi-amboi, baru jadi Dj Era FM tak lama mana Tauke dah berani nak cakap riak macam tu.. Nampak macam tak sayang dengan pendengar je, memang minta kena boikot betul cara cakap Tauke ni..

Lepas ni kalau dah ramai pendengar setia radio Era FM boikot radio tu, pihak Era FM boleh salahkan Dj Tauke ni kot sebab dah bangga sangat bagi komen macam tu.. Memang kena boikot la radio Era kalau dah viral kes ini.. Confirm Tauke nanti kena buat permohonan maaf secara terbuka.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *