Fasha Sandha Selfie Selalu Sebab Perjanjian??

Tak pernah dengar pulak Miss A bila buat perjanjian dan jadi duta produk.. Dalam perjanjian itu ada syarat-syarat minta untuk sentiasa selfie.. Benda yang u’olls semua dengar pelik itulah yang bagi keuntungan pada pelakon Fasha Sandha..

Dah pun bergelar janda setelah diceraikan bekas suaminya Jejai, Miss A perhatikan Fasha memang selalu memuatnaik gambar selfie di akaun Instagramnya.. Ingatkan Fasha selalu dok selfie sebab nak mencari bakal suami yang baru untuk dirinya, dengan buat promosi menerusi gambar selfie.. Hahaha..

Rupa-rupanya, Fasha maklumkan dia suka sangat memuatnaik gambar selfie di laman sosial sebab mempromosikan beberapa produk.. Sebagai seorang duta produk untuk beberapa jenama, memang itu adalah satu tugas yang perlu dilakukan oleh Fasha..

Sebelum di pilih untuk menjadi duta produk, dalam setiap penjanjian memang akan ada syarat yang memerlukan Fasha ini untuk sentiasa berselfie.. Seronok jadi duta produk, dapat duit banyak kerjanya selfie muka sendiri ja.. Pastu masuk duit ribu-ribu dalam akaun, tak ada ke orang yang nak ambil Miss A jadi duta? Buat kerja senang, selfie muka sendiri ja dah dapat duit.. Hahaha..

Dalam Fasha dok selfie untuk mempromosikan produk, bolehlah Fasha mempromosikan diri sendiri untuk Datuk atau VVIP kat luar sana sekali kan? Duit untuk jadi duta produk dapat, bakal suami dari golongan kaya pun bakal menyusul.. Hahaha..

Iyerlah tu selfie sebab promosi produk, Fasha ni jadi duta produk kecantikan kulit ke hape? Miss A tengok Fasha selfie muka menggoda tak letak sebarang kapsyen untuk mempromosikan apa-apa produk pun.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *