Gadis 15 tahun dihukum Sebat kerana diperkosa oleh bapa sendiri.



INDIA, Hayana – Seorang gadis yang berusia 15 tahun dilaporkan mengalami kecederaan dan juga trauma selepas dihukum sebat oleh penduduk tempatan disini. Gadis berkenaan dihukum atas kesalahan tidak lagi mempunyai Dara selepas dirinya diperkosa oleh lelaki.

Menerusi satu rakaman video yang diterbitkan oleh media tempatan, gadis tersebut diikat di sebarang pokok dan kemudiannya disebat dengan rotan dibahagian punggungnya sebanyak 10 kali sehingga pengsan oleh wakil masyarakat setempat.

Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh pihak Polis yang tiba sejurus menerima laporan, gadis berkenaan sebenarnya telah diperkosa oleh ayahnya sendiri di rumah mereka.

Akhbar tempatan melaporkan, gadis malang tersebut tidak pernah bersekolah dan dijadikan sebagai buruh kasar oleh ayahnya sendiri sejak kecil. Dengan upah sekitar 20 rupee sehari, gadis berkenaan dihantar untuk berkerja sebagai pelayan di gerai jalanan.

Di India, semua keputusan berkaitan gejala sosial serta permasalahan setempat kebiasaannya ditentukan melalui mesyuarat wakil-wakil kampung. Dikenali sebagai Dewan Adat atau ‘Panchayat’, seringkali keputusan yang ditentukan oleh mereka itu kebanyakannya sangat tidak masuk akal.

“Penyelesaian oleh Dewan Adat yang menjadi amalan penduduk-penduduk kampung tersebut seringkali berat sebelah.. Kes rogol selalunya diselesaikan dengan memaksa mangsa rogol tersebut tinggal dengan keluarga perogol sebagai tanda perdamaian..” kata wakil NGO Hak Kemanusiaan di India, Jagmati Sangwan.

Masih banyak daerah di India mengamalkan Dewan Adat ini sebagai ganti kepada proses penghakiman di Mahkamah dan juga tindakan undang-undang oleh pihak Polis. Seramai 100 remaja perempuan dilaporkan telah dihukum sebat kerana kesalahan diperkosa. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *