Gadis Melayu Bangga ‘Bermesra’ Dengan Anjing

Amboii! Mesranya minah tu bermesraan dengan dua ekor anjing tu yer.. Dia gomol anjing tu macam gomol kucing jer noh.. Korang lihat jer lah aksi minah di atas tu dan baca kapsyen yang dimuat naik bersama gambar dia bermesraan dengan dua ekor anjing tu.. Apa yang terlintas difikiran korang??

Dia pergi jalan-jalan bawak ‘anak’?? ‘Anak’ yang dimaksudkan tu dua ekor anjing tu ke?? Lepas tu dengan kereknya mengatakan orang Melayu ‘jakun’ dan typical Melayu kampung kolot, sebab melihat dia bawa anjing dengan selamba macam tu.. Dia merasakan tak ada salah langsung bermesraan dengan anjing macam tu..

Ek’eleh! Minah tu sengaja buat-buat tak faham pulak yer bila orang lain pandang dia semacam.. Mestilah orang lain pandang dia semacam, sebab dia seorang Melayu dan boleh pulak bermesraan dengan anjing macam tu.. Macam tak tahu pulak hukum memegang anjing dalam Islam!

Yela, orang Islam tak diwajibkan membela anjing sebagai haiwan peliharaan! Miss pernah dengar dimana Ustaz Azhar Idrus pernah menyatakan bahawa, anjing adalah haiwan yang mempunyai hukum dan tafsirannya di dalam Islam..

Ia adalah binatang yang tidak diharamkan untuk dibela dan tidaklah wajib dibela.. Tetapi kalau seseorang Islam tu nak membela anjing, dia perlu lah mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam..

Contohnya tu membela anjing hukumnya harus jika bertujuan seperti menjaga ternakan dan harta, petunjuk jalan, memburu dan menjaga rumah seperti yang telah dijelaskan dalam hadis sahih..

Kalau setakat bela anjing untuk buat perhiasan jer, maka kurang lah pahala 1 hari 1 Qirat ( sebesar Bukit Uhud ).. Hah! Minah tu bela anjing tu ada sebab tertentu atau saja-saja jer nak dibuat sebagai haiwan peliharaan??

Nampak macam bela untuk manja-manja jer! Lepas tu sedap mulut dia jer mengatakan orang lain jakun, dia tak sedar diri yang dia tak betul.. Haisshh!

Hah! Itu sebab lah korang perlu faham dulu sesuatu sebelum melakukannya.. Takut tersalah langkah, korang juga yang rugi.. Apatah lagi benda yang dilarang dalam Islam macam tu, jangan main bedal jer nak melakukannya! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *