Hapuskan Gejala Rasuah Di Negara Ini

Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir berkata, negara hari ini harus berikhtiar untuk menentang dan membanteras gejala rasuah yang semakin menular di kalangan pemimpin negara mahupun rakyat Malaysia itu sendiri.

Jangan sampai menjadi ‘kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’  bak kata pepatah orang dulu-dulu… Maknanya kalau ‘bapa’ makan rasuah sekali… Ia bakal menjadi ‘pengajaran’ dan ikutan kepada ‘anak-anak’, malah lebih teruk apabila ‘anak-anak’ makan rasuah lagi dahsyat daripada ‘bapa’

Merujuk kepada senario rasuah yang melanda negara ini… Perkara itu dapat dielakkan jika dari awal-awal lagi pihak atasan tidak mengambil rasuah.

“Kita harus ingat pepatah Melayu yang banyak kebijaksanaan daripada dulu lagi. ‘Kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’. Jika dah nampak orang atas buat sekali, dia akan buat 10 kali.

“Jadi, inilah sebabnya, bapa itu jangan kencing berdiri awal-awal lagi supaya anak-anaknya tidak membuat lebih teruk daripada itu,” katanya.

Bukan itu saja, bekas Speaker Dewan Negara ini turut menghentam integriti hakim-hakim mahkamah tinggi di negara ini… Kononnya dorang tak berani nak menghakimi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kuasa kenaikan pangkat ada ‘di tangan’ Najib… Bukan itu sahaja, tuduhan diteruskan dengan mendakwa kuasa ‘menasihat’ yang diberi hanya kepada Perdana Menteri.

“Umpamanya sekarang ini, siapa yang boleh memberi kenaikan pangkat kepada hakim-hakim mahkamah tinggi? Semuanya atas nasihat Perdana Menteri.

“Sekiranya orang yang nak ‘recommend’ itu menghadapi perbicaraan di mahkamah, kemudian pesuruhjaya kehakiman yang nak naik pangkat ini harus menghakimi dia.

“Dia (hakim) akan memikirkan pangkat dia juga. Dia mesti buat keputusan supaya orang yang nak beri dia naik pangkat tidak terasa hati,” katanya. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *