Husam Kantoi Menipu Gulingkan MB Kelantan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa yang baru dipecat dari parti Pas sebelum ini mendakwa, terdapat wakil rakyat Barisan Nasional telah menawarkan bantuan kepada dirinya dan Adun Pas lain untuk menjatuhkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi undi tidak percaya.

Walaupun Husam membuat dakwaan tersebut, Barisan Nasional Kelantan hari ini tampil menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan, dakwaan Husam itu merupakan satu tindakan terdesak memandangkan Husam baru sahaja dipecat dari parti Islam terbesar itu.

Dengan penafian dari Barisan Nasional Kelantan ini, jelas Husam ‘kantoi’ menipu semua pihak berhubung isu mahu menggulingkan Menteri Besar Kelantan… Apa yang dapat diperjelaskan, dakwaan Husam ini jelas menunjukkan Husam terdesak mahu merayu kepada Pas supaya menarik kembali keputusan pecat dari parti.

Dengan rekaan cerita ini, Husam mungkin berpendapat bahawa dengan cerita bahawa kedudukan Pas yang kononnya terancam dengan tindakan wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu… Pas dapat mengembalikan Husam ke pangkuan parti Islam itu… Ini kerana Pas memerlukan sokongan Husam untuk mengekalkan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, usaha Husam itu dilihat gagal apabila Barisan Nasional Kelantan sendiri telah tampil menafikan ‘cerita panas’ yang direka oleh Husam itu… Dengan penafian ini, usaha Husam dilihat sudah gagal dan Husam terpaksa mencari jalan lain untuk kembali ke pangkuan Pas.

Menurut Barisan Nasional Kelantan, Barisan Nasional tidak pernah mencampuri perbalahan Husam dan masalah dalaman yang dialami Husam dan Pas di negeri itu, sebaliknya Barisan Nasional lebih memberi fokus untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan Pas Kelantan pada PRU14 nanti.

“Kita menafikan tuduhan Husam dan setakat Umno Kelantan tahu, tidak ada Adun yang terlibat dalam mana-mana gerakan menjatuhkan Menteri Besar Kelantan. Husam perlahan-lahan hilang pengaruh di Kelantan, sebab itu beliau sudah terdesak mengheret BN bagi menjayakan agenda dendamnya. Kita tidak perlu masuk perangkap,” kata Setiausaha Perhubungan Barisan Nasional Kelantan, Datuk Hanafi Mamat. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *