Husam Musa Dipecat Dari PAS


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang lantang mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud, telah disahkan dipecat dari parti Islam terbesar itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok, Pas telah memecat Husam berkuatkuasa pada 23 April… Ini bermakna, Husam yang merupakan Adun Salor kini bergerak sebagai wakil rakyat bebas.
Sanusi berkata, Pas telah memutuskan untuk memecat Husam dari parti kerana tindakan Husam keterlaluan dan melanggar Perlembagaan Pas yang telah ditetapkan.
“Jawatankuasa Tatatertib Pas yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b),(c),(d),(e) dan (f) Perlembagaan Pas,” kata Sanusi yang mengesahkan pemecatan Husam dari Pas.
Sebelum ini, ramai tertanya apa ‘status’ Husam di dalam Pas apabila dilihat sering menyerang kepimpinan Pas dan sering dilihat bersama pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dalam sesuatu majlis.
Dengan pengesahan ini, tanda tanya mengenai ‘status’ Husam dalam parti sudah jelas bahawa Husam telah dibuang dari parti itu…. Pas bertindak membuang Husam dari parti disebabkan tindakan Husam yang melampaui batas.
Husam juga pernah mengugut serta mencabar pucuk pimpinan Pas untuk mengambil tindakan diatas dirinya, yang kononnya mempunyai banyak rahsia besar mengenai parti Islam itu dan rahsia mengenai kerajaan Pas Kelantan.
Kini, sudah tiba untuk Husam membuka mulut apabila Pas telah mengesahkan bahawa Pas tidak lagi memerlukan Husam di dalam parti… Dengan ini juga, Husam boleh menyertai parti Mat Sabu yang merupakan parti serpihan Pas. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *