Isteri Izzue Islam Mengandung?

Bila isu isteri pelakon baru Hafidz Roshdi dikritik dan dihina kerana didakwa tak cantik dan muka kampung.. Perkara seperti ini sedikit sebanyak telah terpalit pada pelakon Izzue Islam.. Kalau u’olls ingat lagi, waktu Izzue berkahwin dengan isterinya Awin Nurin pun pernah jadi macam ni juga..

Ramai peminat menyifatkan yang pasangan ini langsung tak sepadan.. Bagai langit dengan bumi, Izzue yang kacak dan muka jambu tu boleh dapat isteri yang berkali ganda cantik.. Berbalik semula kepada cerita asal..

Miss A sempat stalk akaun Instagram milik Izzue, dalam dok belek beberapa keping gambar yang dimuatnaik Izzue bersama isterinya.. Miss A tertarik dengan beberapa keping gambar yang penuh dengan komen peminat..

Banyak komen dari peminat yang bertanya pada Izzue adakah Awin sedang hamil.. Nampak macam ada ‘baby bumb’ dalam gambar yang dimuatnaik.. Almaklumlah dorang ni pun dah lama berkahwin, setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mesti inginkan cahaya mata..

Sehingga kini, Izzue mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang jawapan dan membalas komen dari peminat.. Kalau betul Awin dah mengandung, tahniah Miss A ucapkan.. Artis-artis ni memang selalu rahsiakan soal kehamilan.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *