Izreen Azminda kena maki dengan Netizen sebab Juri Gempak Superstar

Memang seronok juga Miss A dok tengok program Gempak Superstar yang menonjolkan bakat-bakat pelakon tempatan dalam bidang nyanyian.. Bukan seronok tengok dorang menyanyi, tapi seronok tengok pelakon-pelakon kena kritik dengan juri..hahaha

Antara juri yang paling tegas dan jujur dalam memberi komen adalah Ogy Ahmad Daud.. Payah la nak tengok Ogy puji nyanyian pelakon-pelakon atas pentas, banyak kritik pedas saja akan diberikan pada peserta..

Itulah yang peminat nak tengok sebenarnya, bukan sebab dorang dah ada nama dalam industri suara tak sedap pun tak boleh nak kritik.. Dah memang betul suara tak sedap, juri nak kena puji juga sebab nak jaga hati..

Tapi, nampaknya peserta iaitu Izreen Azminda tak boleh terima kena kritik dengan juri seperti Ogy.. Biasalah Ogy kritik bukan lembut dik non oit, sekali dia bagi memang kena hentam teruk, sampai ada antara artis tu sampai berair mata sebab kena kritik dengan Ogy..

Izreen sifatkan apa yang dilakukan oleh peserta ‘Gempak Superstar’ bukan sesuatu yang mudah.. Penyanyi sendiri mungkin tak mampu nak buat macam dorang, sampai nak menyanyi sambil berlakon..

Hello dik non oit, kalau masuk pertandingan realiti TV macam ni tak boleh nak terima teguran dan kritikan, lebih baik tak payah masuk program realiti TV.. Dah memang betul suara pelakon bila menyanyi ke laut takkan juri nak kena puji..

Tak dapat terima teguran dari juri, ramai netizen yang tampil memaki hamun Izreen.. Dorang sifatkan Izreen tak sedar diri dan tak boleh ditegur.. Tak boleh terima teguran juri, nah Izreen terima teguran dari netizen pulak..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *